Ini Tugas Terakhir -Kim Swee

MANILA: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee memberitahu Sukan SEA 2019 akan menjadi tugasan terakhirnya bersama pasukan pada temasya dwitahunan itu.

Bagaimanapun, pengendali berusia 49 tahun itu menegaskan fokusnya tetap kekal bagi membantu pasukan mengharungi dua lagi baki perlawanan Kumpulan A menntang Timor Leste, Isnin ini dan Kemboja dua hari kemudian.

“Apa yang boleh saya maklumkan di sini, apa jua keputusan sama ada kita layak atau tidak (ke separuh akhir), ini pasti akan menjadi Sukan SEA yang terakhir untuk saya.

Apa yang paling penting sekarang, adalah kita fokus daripada memikirkan perkara negatif yang mana saya percaya dengan kemampuan pemain kita.

“Jika tuah menyebelahi kita, kita pasti mampu melakukannya,” kata Kim Swee yang mengulas mengenai desakan segelintir pihak yang mahu beliau meletak jawatan segera susulan kekalahan 0-1 di tangan Filipina, malam tadi.

Bagi Kim Swee, desakan atau krit!kan yang dil3mparkan terhadap dirinya dijadikan sebagai m0tivasi untuk melakukan yang lebih baik.

Perkara yang tidak difikirkan langsung (letak jawatan terus) kerana kita masih ada dua lagi perlawanan dan masih berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya jika mampu catat dua kemenangan dengan gol yang selesa.

“Saya masih  yakin dengan kemampuan semua pemain dan corak permainan yang saya jangkakan akan bertambah baik selepas ini,” kata Kim Swee.

Skuad negara ketika ini berada di kedudukan keempat carta kumpulan apabila mengumpul satu mata selepas mengharungi dua perlawanan dan perlu menang dengan jumlah gol besar ke atas Timor Leste serta Kemboja.