Tiada Alasan,Dah Dapat Boleh Bayar Hutang

Selepas mandapat khabar gembira dari Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang mengumumkan pengagihan hak wang penyiaran dan geran tahunan, Persatuan Pemain B0la Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengingatkan beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) supaya tidak culas dalam membayar tunggakan gaji pemain.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam kenyataannya kepada Sinar Harian bertegas supaya pasukan terlibat tidak lagi memberikan alasan selepas menerima wang tersebut yang dijangka akan mula diagihkan pada minggu depan.Kebanyakan pasukan yang menghadapi masalah tunggakan pembayaran gaji pemain ini selalunya memberikan alasan belum menerima wang geran atau wang hak penyiaran daripada MFL.

“Apabila beberapa penaja besar ini sudah sah menaja Liga-M musim ini, secara tidak langsung semua pasukan sudah tentu akan dapat wang geran atau wang hak penyiaran itu.Jadi, apa lagi alasan yang boleh diberikan pasukan bermasalah ini untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain? katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Izham turut memuji MFL yang berjaya meyakinkan beberapa syarikat korporat untuk tampil sebagai penaja utama Liga-M dan menganggap ianya satu perkembangan positif buat sukan bola sepak negara ini.

Tambahnya, dengan adanya penaja ‘besar’ itu, ia sedikit sebanyak akan dapat membantu semua pasukan mengurangkan bebanan kewangan yang memerlukan k0s yang agak tinggi bagi menghadapi sa!ngan liga.

“Ia akan menaikkan lagi prestij dan nilai k0mersial liga apabila badan k0rporat terbesar di Malaysia menjadi penaja.“Dalam masa sama, ia boleh membantu pasvkan untuk mencari penaja dalam kalangan badan k0rporat,” katanya.

Sebelum ini MFL telah mengumumkan Telekom Malaysia (TM) akan menjadi penyiar rasmi dan penaja utama Piala Malaysia. Satu lagi penaja, CIMB Group Holdings Berhad akan menjadi penaja utama bagi saingan Liga Super dan Piala Sumbangsih. CIMB Bank Berhad pula muncul sebagai bank rasmi bagi semua jenis kejohanan dalam saingan Liga M.

Kredit Foto: PFAM

sumber:vocketfc