Throwback Perebutan ‘TITLE’ Juara Liga Super final Piala Malaysia Ke-81

Kedah dan Perak pernah mencipta persaingan paling seng!it dalam sejarah Liga Super. Ini selepas penentuan siapa bakal juara Liga hanya ditentukan pada perlawanan terakhir Liga ketika itu.Perak masih segar membelasah Melaka dengan jaringan 9-0 seakan memberi amaran kepada Kedah bahwa Liga Super 2007 pasti milik Sang Seladang. Perak mengumpul 50 mata ketika berbaki 1 lagi perlawnan iaitu perlawnan terakhir Liga bertemu Sarawak.

Kedah memberi respon kepada skuad Steve Darby itu. Kedah turut berpesta di Darulaman selepas menew@skan Negeri Sembilan dengan jaringan 7-0. Tamat 23 perlawanan, Kedah mengumpul 52 mata dan bakal berdepan cabaran getir Brunei DPMM di Stadium Hassanal Bolkiah. Brunei ketika itu memiliki penjaring terbanyak Liga, Shah Razen Said.Dengan hanya kemenangan menjadi buruan kedua pasukan, Perak dan Kedah melakar kemenangan pada perlawnan terakhir Liga itu. Kedua dua pasukan bermain ‘away’. Ini menjadikan kedudukan akhir Liga Super 2007 selepas 24 perlawnan tamat adalah,

Kedah – 55 mata
Perak – 53 mata

Sengit dan dramatik!!

FINAL EDISI 81 PIALA MALAYSIA

Ibarat pertembvngan ‘Supershowdown’ di final, Kedah dan Perak hadir ke Stadium Bukit Jalil bagi melengkapkan rivalry musim 2007 mereka.Bak kata commentator lejen, arwah Haji Hasbullah Awang, ia adalah pertembvngan tuntas diantara Kedah dan Perak.Bayangkan statistik sebelum sepak mula final, Kedah dan Perak mengumpul 102 gol menerusi kombinasi 4 penye rang sahaja. Perak dengan 53 gol manakala Kedah dengan 49 gol.Dibahagikan disini gol oleh Marlon, Hasmawi, Keita dan Khalid.

Marlon Alex James – 38 gol
Keita Mandjou – 30 gol
Khalid Jamlus – 23 gol
Hasmawi Hassan – 11 gol

Perlawnan epik itu berakhir dengan Kedah menoktahkan kejayaan ‘treble’ selepas menewaskan Perak 3-0.

Marlon turut melengkapkan musim gemilang beliau dengan jaringan 40 gol termasuk 2 gol pada perlawanan akhir.