The Rock akhirnya kembali

Setelah menanti sekian lama, WWE Universe akan berpeluang untuk mengubat kerinduan terhadap jaguh suka ramai The Rock di acara WWE Smackdown pada minggu ini.

Perkara ini telah disahkan melalui laman sesawang rasmi WWE.com serta turut diciap oleh bekas Juara Dunia WWE 10 kali itu melalui laman Twitternya

Acara Smackdown pada minggu ini amat istimewa kerana bukan sahaja akan bersiaran buat pertama kali di saluran Fox (tayangan rasmi di Amerika Syarikat), malah ia juga bagi meraikan ulang tahun ke-20 jenama kedua WWE itu sejak bersiaran kali pertama pada 29 April 1999.

The Brahma Bull akan membuat kemunculan bersama beberapa lagi bintang lag3nda WWE seperti Hulk Hogan, Ric Flair, Kurt Angle dan Sting. Bukan itu sahaja, Brock Lesnar turut akan bergusti untuk siaran TV mingguan untuk pertama kali dengan menc@bar Kofi Kingston bagi Kejuaraan WWE.

Kali terakhir The Rock membuat penampilan di pentas WWE adalah ketika acara WWE Wrestlemania 32 pada tahun 2016. Ketika itu, beliau bergandingan bersama Ronda Rousey dan berkonfr0ntasi bersama pasangan suami isteri Triple H dan Stephanie McMahon.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan acara WWE Smackdown yang akan bersiaran pada setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran Astro Supersport 4.

Posted in: sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *