Thailand perlu hadap tiga ‘S’

Ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, sedia mempertaruhkan “trio S” menjelang perlawanan men3ntang Thailand dalam saingan Kumpulan G, pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Jurulatih itu dijangka melakukan beberapa perubahan pemain dalam aksi g3tir itu berbanding ketika perlawanan persahabatan men3ntang Tajikistan di venue sama Sabtu lalu.

Skuad Malaysia itu akan kembali mendapat sentuhan pemain natural!sasi, Mohamadou Sumareh, yang sebelum ini tidak dapat diturunkan gara-gara penggantvngan perlawanan.

Pemain kelahiran Gambia itu akan membentuk gandingan dengan Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid untuk melaksanakan misi mer0bek gawang skuad Thailand itu.

Ramai yang ingin melihat gandingan tiga S ini, saya perlu mendapatkan gandingan terbaik untuk menentang Thailand.

“Kita tahu Thailand bukan sahaja bagus di bahagian s3rangan, mereka juga mempunyai pemain yang berkualiti di bahagian pertahanan,” katanya.

Sementara itu, Thailand kelihatan gha!rah untuk menghadapi Malaysia selepas merekodkan dua kemenangan dan satu keputusan seri daripada tiga perlawanan.

Ia meletakkan mereka selaku pasukan pilihan untuk meraih kemenangan, namun jurulatihnya, Akira Nishino, mahu pemainnya memberikan komitm3n penuh walaupun masih menyesuaikan diri dengan falsafah yang diterapkannya.

Bukan semua cara Jepun dapat saya terapkan dalam pasukan ini.

Untuk menerapkan falsafah saya ke dalam pasukan ini, ia bukan perkara mudah dan memerlukan masa.

“Tetapi kami mahu terus meningkatkan kualiti dari hari demi hari,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *