Thailand mudah bah аm Singapura

Thailand merekodkan kemenangan berturut-turut dalam saingan acara bola sepak lelaki Sukan SEA Ke-30 selepas mengatasi Singapura 3-0 di Stadium Bolasepak Binan, Filipina sebentar tadi.

Tanda-tanda am@ran awal telah diberikan kepada Singapura menerusi larian yang dilakukan Supachai Jaided dan Jaroensak Wonggorn meninggalkan pertahanan tetapi kedua-dua striker itu sekadar melepaskan percubaan yang ters@sar.

Skuad kendalian Akira Nishino itu akhirnya mendahului permainan pada minit ketujuh menerusi gerakan Suphanat Mueanta yang mudah melepasi benteng akhir Singapura sebelum melakukan lorongan kepada Jaroensak untuk menjaringkan gol.

Suphanat memahat nama selaku penjaring pada minit ke-19 selepas Ratthanakorn Maikami melambungkan bola melepasi pertahanan Singapura untuk mencari pemain berusia 17 tahun itu yang mudah mengatasi penjaga gol, Zharfan Rohaizad.

Jaringan ketiga hadir sembilan minit sebelum tamat separuh masa pertama apabila Peerawat Akkraum menyudahkan hantaran silang daripada Kritsada Kaman.

Bagaimanapun, terdapat bibit-bibit kebangk!tan daripada skuad kendalian Fandi Ahmad itu selepas perlawanan bersambung dengan tandukan yang dilakukan oleh Irfan Fandi tepat ke dakapan penjaga gol Thailand, Nont Muangngam, pada minit ke-56 sebelum Lionel Tan sekali lagi membuatkan pemain Chiangrai United itu terpaksa bekerja keras untuk menafikan percubaan menerusi s3pakan percuma.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk men3mbusi benteng Thailand, sekaligus menamatkan permainan dengan kekalahan buat kali kedua dalam temasya dwitahunan itu.

Dengan kemenangan kedua dalam Sukan SEA kali ini, Thailand kini meraih enam mata daripada tiga perlawanan dalam Kumpulan B sementara Indonesia dan Vietnam bakal berentap untuk menentukan slot ke separuh akhir.

Laos yang menewaskan Brunei Darussalam 3-0 dalam satu lagi aksi hari ini melintasi Singapura ke tangga keempat.