Thailand dah mula main Malaysia

BELUMPUN bermula pertarvngan antara skuad Malaysia dan Thailand, Akira Nishino sudah mula mel@ncarkan p3rang psik0logi apabila mengakui bakal tampil dengan takt!kal berbeza di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Jelas pengendali Thailand dari Jepun itu, aksi keempat Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 men3ntang Malaysia adalah cukup penting bagi memastikan pasukannya kekal memimpin carta Kumpulan G itu.

Nishino, 64, yang membimbing Jepun mara hingga ke pusingan kedua Piala Dunia di Russia tahun lalu sebelum tvmbang kepada Belgium 3-2 sudah memiliki ramuan tersendiri untuk menj3rat pasukan tuan rumah.

Untuk layak ke pusingan seterusnya (pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia) kita kena berikan aksi terbaik tidak kira sama ada bermain di tempat sendiri atau bertandang ke tempat lawan.Apa yang pasti, kita akan persembahkan aksi berlainan tidak seperti ketika menang ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) tempoh hari.

“Saya lebih gemar memberi fokus perlawanan demi perlawanan dan mengubah taktikal pasukan mengikut kemampuan lawan yang akan kita temui nanti,” katanya pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Thailand yang mengumpul tujuh mata daripada tiga aksi setakat ini dianggap pilihan untuk menewaskan Malaysia berdasarkan barisan pemain yang dibawa ke Kuala Lumpur kali ini.

Beberapa pemain ternama skuad Thailand yang beraksi di liga Eropah dan Jepun turut disenaraikan seperti Chanathip Songkrasin, Theerathon Bunmathan, Kawin Thamsatchanan dan Teerasil Dangda

Sementara itu, ketua pasukan Thailand yang juga penjaga golnya, Siwarak Tedsungnoen sudah tidak sabar beraksi men3ntang tuan rumah malam esok.

“Kami gembira dapat bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil yang indah dan moden ini. Bagi saya, suasana stadium yang boleh memuatkan ribuan penyokong mampu meningkatkan semangat kami untuk memburu kemenangan,” katanya yang beraksi bersama Buriram United.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *