TFC umum import terbaharu

Terengganu Football Club (TFC) mengumumkan mendapatkan khidmat pemain sayap l!ncah Singapura, Faris Ramli bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi laman sosialnya, pada awal pagi tadi.

Keputusan TFC kendalian Nafuzi Zain membawa masuk pemain ini merupakan satu pilihan yang tepat memandangkan Faris Ramli masih s3gar dengan kejayaan membantu pasukannya, Hougang United FC menduduki tangga ke-3 Liga Premier Singapura.

Kecemerlangan itu membolehkan beliau merangkul anugerah AIA Player of The Season serta terpilih dalam Singapore Premier League (SPL) Team of The Year dalam satu majlis FAS Nite yang diadakan pada khamis minggu lalu.

Faris Ramli bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak tempatan. Selain daripada terkenal selaku tonggak utama skuad seberang tambak, beliau juga pernah bermain dalam kancah Liga Malaysia mewakili PKNS FC pada musim 2018.

Pada musim tersebut, pemain berusia 27 tahun ini cemerlang membantu pasukan PKNS FC menduduki tangga ke-3 Liga Super, mara ke saingan separuh akhir Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia.

Kemasukan Faris Ramli bakal memperbaiki posisi yang paling kritikal iaitu posisi sayap kiri atau  midfield left dihadapi oleh TFC sepanjang musim ini sejak pem3rgian J. Partiban ke Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *