Terpaksa Lepaskan Atas Sebab-Sebab Tertentu

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut mengumumkan status pemain peny3rang Muhammad Jafri Firdaus Chew.

Bekas peny3rang PKNS FC itu sebelum ini pernah diumumkan sebagai salah seorang pemain tempatan yang akan menguatkan skuad Kedah bagi saingan Liga Malaysia 2020.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Naib Presiden 1 KFA merangkap Ketua Unit Liga Super Kedah, Anas Hafiz bin Mustaffa berkata KFA terpaksa melupakan hasrat untuk menag!h khidmat Jafri untuk musim akan datang atas faktor kecergasan.

“Saya juga mahu memaklumkan mengenai status terkini Muhammad Jafri bin Muhammad Firdaus Chew, pemain yang telah diumumkan sebelum ini antara pemain tempatan baharu KFA,” ujar beliau dalam kenyataan tersebut.

“Pasukan Liga Super Kedah terpaksa melup4kan hasrat untuk mendapatkan khidmat beliau selepas beliau disahkan tidak cukup cergas untuk memenuhi syarat utama kontrak professional pemain bola sepak iaitu melepasi ujian kecergasan bersama pasukan yang bakal diwakili pemain itu sendiri.

“Keputusan ini bukanlah mudah buat KFA, namun keutamaan haruslah diberikan kepada persiapan sebuah pasukan yang mantap di dalam menongkah cabaran musim depan dengan bermulanya aksi sebenar seawal 21 Januari 2020 nanti iaitu di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC.

Terpaksa Lepaskan“Pihak pengurusan mengucapkan agar Muhammad Jafri segera pulih dari keced3raan dan dapat terus menyinar dalam arena bolasepak Malaysia.”