Terlalu Ambil Mudah

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rasmi diterima Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sama ada daripada pemain atau jurulatih Kedah menyebabkan tidak ada tind@kan boleh diambil oleh badan induk tersebut.

Begitupun, FAM telah mengambil inisiatif menghubungi Persatuan Bola Sepak Kedah  untuk mendapatkan penjelasan terperinci dan yakin isu berkenaan akan selesai secara baik.

Selepas berunding dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia , KFA sudah memulakan langkah pertama dengan membayar tunggakan sebulan gaji minggu lalu manakala baki empat bulan lagi akan dilangsaikan sebelum musim ini berakhir.Bila keluar isu ini dalam media, tugas FAM adalah menghubungi persatuan untuk mendapatkan maklumat daripada mereka. Kami diberitahu mereka terhut@ng dari Mac.

Begitupun ia belum dijadikan kes kerana FAM tidak menerima laporan rasmi daripada pemain dan jurulatih atau mana-mana pihak.Kami tidak boleh mengambil tind@kan kerana kalau tiada laporan rasmi, FAM anggap isu ini hanya memerlukan perbincangan peringkat dalaman,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam kepada pemberita kelmarin.

Sementara itu, ditanya me­ngenai pasukan Kelantan yang menarik minat banyak pihak, Stuart menyifatkan ia perkembangan yang amat baik.Kelantan memerlukan pelabur yang akan mengukuhkan pasukan, jadi apabila ada tawaran untuk membeli, ia sangat baik.

Begitupun, minggu depan unit saya akan berhubung de­ngan KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) untuk mendapatkan maklumat sendiri dan bukan hanya membaca daripada media.

Mengenai isu tunggakan gaji Kelantan untuk kes sebelum 2020, kita sentiasa pantau manakala bagi mana-mana kes yang belum ada persetujuan atau keputusan saya tidak tahu,” kata Stuart.