Terima Kasih KAFA!

Norhafiz Zamani Misbah berterima kasih kepada Persatuan B0lasepak Kelantan kerana telah menyelesaikan kesemua tunggakan gajinya berjumlah lebih RM80,000 pada bulan lalu.

Pemain veteran itu sebelum ini memberitahu tidak mencapai kata sepakat dengan KAFA walaupun telah banyak kali mengadakan perjumpaan, malah dia juga telah memulangkan RM15,000 yang dimasukkan persatuan itu pada bulan November kerana menurutnya dia tidak pernah bersetuju untuk menerima bayaran secara ansuran.

Namun pada bulan lepas, menurutnya KAFA telah menyelesaikan bayaran penuh dan dia kini fokus sepenuhnya kepada persiapan musim baru bersama Negeri Sembilan.

Foto : NSTP