Terima kasih Galaxy

LOS ANGELES: Bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic sah meningg@lkan Los Angeles Galaxy namun tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai per@ncangan masa depan mahupun kemungkinan persaraan.

Pemain berusia 38 tahun itu s3memangnya dijangka akan meningg@lkan Galaxy selepas kelab itu tersingk1r daripada playoff Liga Bolasepak Major (MLS) bulan lalu.

Ibrahimovic yang menyertai Galaxy pada pembukaan kempen 2018 mengumumkan kariernya di California berakhir menerusi laman Twitter.

“Saya datang, saya lihat, saya tawan. Terima kasih @lagalaxy untuk membuatkan saya rasa hidup k3mbali,” kata Ibrahimovic. “Kepada peminat Galaxy – kamu mahukan Zlatan, saya berikan Zlatan. Cerita diteruskan… kini kembali menonton besbol.”

Galaxy menerusi kenyataan menjelaskan perpis@han dengan Ibrahimovic adalah pers3tujuan bersama.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Zlatan atas sumbangannya kepada LA Galaxy dan Liga Bolasepak Major,” kata Presiden LA Galaxy, Chris Klein. Sejak kehadirannya pada 2018, Zlatan memberikan pengaruh p0sitif kepada bola s3pak di Los Angeles. 

“Kami bersyukur dengan kerja dan semangatnya. Kami mengucapkan terima kasih kepada pr0fesionalisme dan kesan yang diberikan tidak ternilai kepada komuniti Los Angeles dan Amerika Utara secara keseluruhan.”

Ibrahimovic dikaitkan dengan k3pulangan semula ke kelab Itali, AC Milan di mana dia beraksi selama dua musim antara 2010 dan 2012, menjaringkan 42 gol dalam 61 pen@mpilan liga.

Pesuruhjaya MLS, Don Garber memberi b@yangan minggu lalu yang Ibrahimovic mungkin kembali ke Itali, memberitahu ESPN dalam sesi temubual bahawa striker itu sedang “dir3krut” Milan.

Ibrahimovic turut dilaporkan diintai satu lagi kelab Seria A, Bologna berdasarkan Corriere dello Sport Itali.

Walaupun Ibrahimovic tidak dapat membantu Galaxy kembali ke punc@k MLS, bekas striker Manchester United itu menjadi salah seorang pemain luar yang menjaringkan 53 gol dalam 56 penampilan semusim. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *