Terima Kasih Banyak-Banyak Safawi

SIFAT pemurah tonggak Malaysia Safawi Rasid cukup diketahui umum apabila sering menghulurkan bantuan dan keringat membantu golongan memerlukan.

Namun, terbaharu tular pula tindakan pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu menghadiahkan Sony Playsatiton 4 (PS4)kepada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun Danish Izzudin.

Walaupun usia masih kecil, Danish cekal berniaga jus mangga bagi membeli PS4 sekali gus mendapat perhatian umum sebelum diketahui pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Safawi berkata, dia memahami kep3ritan dan kesusahan yang dilalui Danish dalam usaha mengumpul wang bagi membeli barangan yang dihajati.

Jika dahulu mahu beli barangan yang dihajati perlu mengumpul wang sendiri kerana keluarga perlu mendahulukan perkara yang penting.

Sekarang ini rezeki sudah murah sebagai pemain bola sepak dan tidak salah berkongsi dengan Danish yang inginkan PS4, katanya, di sini.

Sebelum ini, Safawi menubuhkan pasukan untuk mengagihkan bantuan berupa barangan keperluan kepada golongan memerlukan di sekitar Johor dan kampung halamannya.

Sementara itu, Danish yang terkejut selepas mendengar beritan gembira itu cukup bersyukur apabila pemain idolanya sanggup menghadiahkan PS4 ketika dia berhempas pulas mengumpul wang untuk membeli konsul terbabit.

Lebih manis apabila Safawi sendiri mahu menghadiahkan PS4 sekali gus sudah tentu memberikan pengertian lebih bermakna kepada saya, katanya.