Terengganu sah ikat Imp0rt Baharu

Bekas pemain import PDRM, Argzim Redzovic, sah menjadi milik pasukan Terengganu FC (TFC) II selepas mengikat kontrak setahun, hari ini.

Pemain kelahiran Montenegro itu menjadi pilihan jurulatih, Roshaidi Wahab, bagi menggantikan Serhii Andrieiev di posisi pertahanan bagi musim depan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, Redzovic memiliki pengalaman dalam liga tempatan sejak 2018 dan dia diharap mengukuhkan b3nteng TFC II menghadapi Liga Perdana.

Turut diumumkan pasukan Liga Perdana itu adalah lanjutan kontrak kepada dua tonggak importnya, Bruno Suzuki dan Marcel N’Guessan.