Terengganu FC semakin bernafsv nampaknya.

Pasukan Pantai Timur, Terengganu FC hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani pemain tengah Perak, Mohamad Nasir Basharudin dan pemain bek kiri Felda United, Arif Fadzilah untuk saingan Liga Super musim 2020.

Nasir yang menjadi ketua pasukan Perak sudah beraksi bersama The Bos Gavrus sejak tahun 2010. Sebelum itu, dia pernah menjadi pemain skuad belia UPB-MyTeam sebelum menyertai pasukan muda Perak pada tahun 2009. Bersama Perak, Nasir pernah menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada tahun lalu.

Arif Fadzilah pula merupakan bekas pemain Terengganu FC II sebelum ini, tetapi menyertai Felda United bagi saingan Liga Super musim ini. Dia memulakan karier bersama skuad belia T-Team sebelum menyertai skuad senior Terengganu FC II pada tahun 2016 sehingga 2018.

Nasir yang berusia 29 tahun dan Arif yang berusia 23 tahun, menjadi pemain kedua dan ketiga yang diumumkan menyertai Terengganu FC bagi musim hadapan selepas pemain sayap Singapura, Faris Ramli.

Untuk musim 2019, TFC menamatkan kempen Liga Super di kedudukan ketujuh liga selepas melalui permulaan yang hambar yang menyaksikan Nafuzi Zain menggantikan tempat Irfan Bakti yang meletakkan jawatan. Bagi saingan Piala FA, TFC tewas 5-2 secara agregat kepada Pahang di suku akhir dan di Piala Malaysia, mereka turut tersingkir di pusingan suku akhir kepada pasukan juara, Johor Darul Ta’azim dengan agregat 5-1.Posted in: sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *