Akhirnya Teka-Teki Terjawab

Teka-teki bila pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh akan beraksi bersama Police Tero akhirnya terjawab apabila dia bakal berangkat ke Thailand hari ini untuk bersama pasukan berkenaan dalam masa terdekat ini.

Sumareh berlepas ke Bangkok, Thailand jam 1.20 petang tadi sekali gus menjawab spekulasi bahawa dia akan tetap berksi bersama kelab Thailand berkenaan untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun.

Pemain berasal dari Gambia itu berkata, setakat ini dia belum lagi menentukan keputusan sama ada untuk ber@ksi bersama pasukan terbabit bagi tempoh enam bulan atau setahun.

Saya belum lagi jelas untuk beraksi bersama pasukan Police Tero untuk enam atau pun setahun. Perkara terbabit akan ditentukan nanti, katanya.

Terdahulu, Sumareh mencetus k0ntrovers! apabila meninggalkan pasukan Pahang tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan serta tidak menjalani latihan pada awal Ogos.

Dia yang masih mempunyai k0ntrak dengan skuad Tok G@jah sehingga 2022 mengambil tindakan keluar daripada pasukan Pahang kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang dalam satu kenyataan rasmi menafikan Sumareh tidak dibayar gaji dan PBNP sedia mengheret pemain itu ke Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia

sumber:HM