Tchetche Kipre calon naturalisasi Har!mau Malaya seterusnya?

Adakah penye rang Kedah, Tchetche Kipre menjadi calon yang seterusnya dinaturalisasikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekaligus menyarung jersi H@rimau Malaya pada masa akan datang?

Tchetche mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada pertengahan tahun 2017 bersama Terengganu FA, kini dikenali sebagai Terengganu FC. Tahun 2020 bakal menjadi tahun keempatnya beraksi di sini di mana dia telah diumumkan sebagai pemain baharu Kedah pada disember lalu.

Dan penye rang kelahiran Ivory Coast itu bakal memasuki tahun kelimanya beraksi di Liga Malaysia pada tahun 2021 atau 2022 dan itu sudah memadai untuk memenuhi syarat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang menghendaki seseorang pemain itu mestilah beraksi selama lima musim berturut-turut di sesebuah liga sebelum memohon untuk dinaturalisasikan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata penjaring terbanyak Piala Malaysia 2018 itu boleh dinaturalisasikan namun semuanya bergantvng samada Kipre kekal dalam kancah Liga Malaysia sehingga tahun 2021 ataupun tidak.

Selain daripada bermain selama lima tahun berturut-turut, terdapat syarat lain yang perlu dituruti seperti pemain tersebut mestilah tidak membuat sebarang penampilan bersama mana-mana skuad senior kebangsaan sebelum ini dan lain-lain lagi.

Syarat itu menyebabkan ramai pemain import lain yang beraksi di Liga Malaysia tidak boleh dinaturalisasikan.

“Memang sukar untuk cari pemain yang boleh dinaturalisasikan dalam masa terdekat. Ramai penyokong tanya kenapa tak naturalisasikan pemain pemain tertentu, sebenarnya mereka tidak tahu syarat FIFA ini.

“Mungkin pada 2021 atau 2022, penye rang Kedah, Kipre Tchetche boleh dinaturalisasikan kerana tahun ini dia sudah empat tahun bermain di sini. Tahun 2021 akan genap lima tahun tetapi segala-galanya belum pasti,” kata Stuart seperti dipetik daripada Sinar Harian.

Ketika ini, FAM sedang mengusahakan untuk menaturalisasikan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi dan juga penye rang baharu Perak, Guilherme de Paula yang telah beraksi selama lima tahun dalam saingan Liga Malaysia sejak awal tahun 2015.

Pada saat itu, Liridon Krasniqi merupakan rekrvt baharu pasukan berpengkalan di utara semenanjung tanah air, Kedah manakala Guilherme de Paula yang berasal dari Brazil menandatangani kontrak bersama pasukan Liga Super, Selangor.

Keputusan samada Liridon dan Guilherme de Paula berjaya dinaturalisasikan atau tidak akan dijawab oleh FIFA pada bulan ini.

Foto: FA Kedah