Tanpa Pemain Ini buat Skuad T0k GaJah Hilang Arah

KUANTAN: Hilang punca dalam tempoh 30 minit pada separuh masa pertama menjadi faktor Pahang gagal menyekat Johor Darul Ta’zim (JDT), sekali gus tewas 2-3, malam tadi.

Pengendali Tok G@jah, Dollah Salleh berkata, anak buahnya seperti hilang punca sehingga melepaskan tiga gol sepanjang tempoh itu.

Tiada langsung corak permainan yang dipersembahkan pemain dan JDT mengambil kesempatan itu dan berjaya mendahuli 3-0.

Namun, selepas gol pertama dijaringkan, pemain mula menunjukkan keyakinan dan berjaya merapatkan jurang gol 2-3 sebelum tamat separuh masa pertama.

Kami berusaha untuk bangkit pada babak kedua perlawnan tetapi keputusan perlawnan tidak menyebelahi Pahang dan saya akur kami tewas di tempat sendiri.

Ketiadaan Dickson Nwakaeme yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70 menyebabkan jentera ser@n gan hanya mengharapkan kepada Mohd Faisal Abdul Halim, katanya.

Mengulas norma baharu pada aksi saingan Liga Malaysia , Dollah mengakui ketiadaan penonton turut memberikan kesan terhadap persembahan pasukan.

Katanya, bermain di halaman sendiri sepatutnya memberikan kelebihan untuk melakar kemenangan.

Sumber:BH

Pada perlawnan ini, ia ibarat macam perlawnan persahabatan tetapi kita perlu mengikut saranan kerajaan terutama Prosedur Operasi Standard dalam menyekat penularan C0 v!d-19, katanya