Tan Cheng Hoe ganti Ong Kim Swee

Ketua jurulatih H@rimau Malaya, Tan Cheng Hoe disebut-sebut bakal mengendalikan skuad Malaysia bawah 22 tahun (B-22) selepas k0ntrak Datuk Ong Kim Swee tidak dilanjutkan ekoran prestasi hambar dalam temasya Sukan SEA di Filipina baru-baru ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan B0laSepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalinggam menjelaskan pihaknya tidak terbvrv-bvrv mencari pengganti Kim Swee dalam masa terdekat kerana skuad Malaysia B-22 tidak terlibat dalam apa-apa kej0hanan penting pada tahun depan.

Malah, berdasarkan kenyataannya dalam New Straits Times, Stuart tidak menolak kemungkinan FAM akan mengikut jejak langkah Vietnam dan Thailand yang menggunakan khidmat jurulatih senior seperti Park Hang Seo dan Akira Nishino untuk bimbing pasukan muda.

“Kalau anda lihat di negara lain, apa yang mereka lakukan ialah menggunakan khidmat barisan jurulatih pasukan senior untuk bimbing pasukan remaja.

“Untuk tahun depan, tiada apa-apa kejohanan penting yang perlu dihadapi oleh pasukan Malaysia B-22. Oleh itu, FAM masih mempunyai banyak masa untuk menentukan calon jurulatih yang terbaik,” katanya.