Taktikal Menarik Perak Berjaya Tew@skan Kedah

Semalam berlangsung Piala Unity yang merupakan perlawnan pra musim di antara pasukan Kedah dan Perak. Untuk edisi kali ini, perlawnan bertempat di Perak.

Dalam aksi tersebut, seramai 17,000 orang telah datang membanjiri stadium mahu menyaksikan bintang kesayangan mereka beraksi.

Pasukan bimbingan Mehmet Durakovic tak menunggu lama. Mereka mendahului seawal minit keempat menerusi ketua pasukan Shahrul Saad.

Tersentak dengan gol tersebut, Kedah cuba mengatur strategi. Baddrol Bakhtiar melakukan rembatan yang liar.

Kedah terus menye rang dan menye rang untuk menyamakan kedudukan. Namun malang sekali Lang Merah agak tumpul di hadapan gol.

Pasukan Perak kemudiannya berjaya mengimbangi dominasi pasukan Kedah. Dan mereka hampir mendahului dua gol di hadapan. J Partiban melakukan percubaan yang memaksa Ifwat untuk melakukan aksi menyelamat.

Tidak lama selepas itu, Ifwat dikerah untuk melakukan ‘save’ sekali lagi – menafikan percubaan penye rang kebangsaan – Shahrel Fikri.

Namun begitu, Shahrel Fikri berjaya juga menembvsi gawang pasukan Kedah. Ianya selepas beliau menerima hantaran daripada De Paula. Perak masuk ke bilik persalinan dengan pendahuluan 2 gol.

Bersambung babak kedua, Kedah terus cuba memperbaiki tempo permainan. Penjaga gol Perak, Mohammad Nasrullah Abdul Aziz beraksi dengan cemerlang dalam perlawnan ini.

Kipre mempersia-siakan peluang gol beliau. Dan tidak lama selepas itu, Aidil Shahrin melakukan beberapa pertukaran.

Ternyata percaturan beliau berjaya mengubah corak permainan pasukan Kedah.

Lang Merah akhirnya merapatkan jurang gol pada minit ke-68, menerusi penye rang yang baru mereka tandatangani iaitu Kpah Sherman.

Walaubagaimanapun, Kedah tersentak sekali ini, 10 minit selepas gol itu. Ianya apabila Perak berjaya mengembalikan kelebihan dua gol menerusi Careca.

Tiada tambahan gol dicatatkan kedua – dua paukan selepas itu. Perak menang 3-1. Dan Unity Shield milik pasukan Perak.

Kedua dua pasukan akan kembali semula ke pusat latihan bagi mempersiapkan diri untuk musim liga Super 2020 yang bakal bermula kira-kira dua minggu lagi.

Kedah ada misi untuk Piala Sumbangsih selepas ini.

Sumber:semunyabola