Tak Mampu Ikut JDT

KUALA LUMPUR: Bekas penyrang berbisa Kelantan, Hashim Mustapha menyifatkan satu kerugian paling besar sekiranya skuad The Red Warriors (TRW) terkubur dari saingan Liga Malaysia (Liga M).

Ini kerana katanya Kelantan mempunyai nama besar dalam kancah bola sepak tempatan dan pernah menjadi pasukan gerg@si terutama pada musim 2010 hingga 2013.

Ia satu benda yang tak pernah terlintas dalam kepala bahawa Kelantan tidak boleh bermain. Sudah pasti kita tak nak tengok Kelantan terkVbur.

Nama Kelantan ini besar (dalam kancah Liga M) dan mereka beraksi dalam Liga Perdana ketika ini pun saya rasa tidak patut, kerana Kelantan sepatutnya berada di Liga Super.

“Namun, sekarang ini kita bimbang jika nak main di Liga M3 pun mereka tak boleh,” kata bekas pemenang kasut emas Liga Perdana 1993 dan 1994 itu kepada BH Sukan, semalam.

Sabtu lalu, akhbar ini melaporkan pemerhati bola sepak, Mohd Sadek Mustafa menyifatkan Kelantan sudah ‘tiada ny@wa’ dan tidak mustahil akan menerima nasib sama seperti Perlis yang terkVbur akibat masalah hutang.

Ia susulan masalah hutang hampir RM5 juta yang ditanggung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ketika ini dengan tunggakan gaji tiga pemain import mereka sahaja sudah mencecah lebih RM850,000.

Selain itu, Hashim menganggap masalah hutang terjadi kerana kesilapan pengurusan KAFA sebelum ini yang berbelanja melebihi kemampuan.

Kita ada RM5, tapi belanja RM10. Kita tak boleh tiru JDT (Johor Darul Ta’zim) sebab mereka berkemampuan. Kalau kita yang tiada kemampuan nak tiru mereka, susahlah.

“Sekarang ini barisan kepimpinan KAFA yang ada kena fikir jalan terbaik untuk elak Kelantan terkVbur. Memang rugi sebab Kelantan pun ada penyokong yang ramai dan terbaik,” katanya.