‘Tak lengkap jangan layan’

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta meneliti setiap d0kumen yang diserahkan pasukan terlibat dengan masalah tvnggakan gaji pemain dan tidak memberikan tempoh lanjutan jika tidak memenuhi kr!teria ditetapkan badan induk itu.

Menurut jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim, pasukan berkenaan telah diberikan tempoh yang cukup untuk mengemukakan sebarang bukti sebagaimana yang dikehendaki FAM sebelum ini.

“Antara syarat untuk memastikan sesebuah pasukan tidak ditolak mata bukan saja memastikan d0kumen itu dihantar sebelum tarikh akhir tetapi juga memastikan d0kumen itu menepati kriteria yang ditetapkan.

“Sebelum ini pun, banyak kali masalah sebegini berlaku. Ada pasukan yang hantar d0kumen tak lengkap sebelum tarikh akhir dan minta temp0h tambahan masa untuk selesaikannya.

“Bagi saya, jika pasukan tersebut tidak mampu memenuhi kr!teria yang ditetapkan, maka mereka sebenarnya tidak ada k0mitmen untuk menyelesaikan hutang pemain dan pegawai yang terlibat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, FAM memberikan amaran akhir kepada Melaka United, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kelantan menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai sebelum tarikh akhir iaitu 31 Januari (kelmarin) bagi mengelakkan pem0tongan mata selain berkemungkinan disingkirkan daripada Liga-M.

Ketiga-tiga pasukan terbabit dilaporkan sudah menghantar d0kumen berkaitan dan FAM akan meneliti d0kumen tersebut.

Mengulas lanjut, Irfan Bakti berkata, FAM perlu tegas memastikan hukvman pemot0ngan mata dikenakan demi keadilan kepada pasukan lain yang tidak mempunyai masalah tunggakan gaji.

“Namun, bagi saya hukuman pem0tongan mata ini masih lagi ringan sebab mereka masih lagi boleh berbelanja dengan memb0rong pemain import biarpun ada tunggakan gaji dengan bekas pemain.

“Perkara sebegini sangat mendukacitakan kerana kita berada dalam kancah liga pr0fesional. Seharusnya pengurusan pasukan bijak mengukur kemampuan dan tidak berbelanja b0ros selepas menyedari mempunyai tunggakan gaji pemain,” jelasnya.

Sumber:Sinar