Tak Boleh Bayar Gaji ,Jangan Sembang Pasal Perjuangan Bolasepak

Usahawan dan pakar pelaburan terkenal, Norizam Tukiman memberi jaminan masalah gaji pemain Kelantan tidak akan berlaku lagi sekiranya hasrat beliau mengambil alih The Red Warriors (TRW) menjadi kenyataan.

Katanya, beliau berani meletakkan jaminan itu kerana sudah memiliki perancangan rapi termasuk bajet bagi menguruskan pasukan itu musim depan.Saya ada pelan dan pelan saya jelas yang mana saya tak nak dengar lagi pemain bola sepak ada masalah gaji. Tiap-tiap tahun mesti ada dengar cerita pemain bola sepak tak dibayar gaji.

Satu benda yang saya boleh janjikan kepada peminat, Insya-Allah kalau jadi saya ambil Kelantan takkan dengar lagi pemain tak dibayar gaji. Kalau nak saya letak cagar@n pun saya boleh cag@rkan.

Selesaikan masalah gaji ini perkara paling penting. Kalau ambil Cristiano Ronaldo, tapi jika tak boleh nak bayar gaji, kita jangan cerita pasal perjuangan bola sepak, katanya kepada BH Sukan, semalam.

BH Sukan semalam, melaporkan individu atau pihak yang mahu membeli pasukan Liga Malaysia perlu mempunyai ‘duit poket’ antara RM5 juta hingga RM7 juta bagi menguruskan pasukan musim depan terutama membabitkan k0s pembayaran gaji pemain dan jurulatih.

Sebelum ini, bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh menjelaskan pembeli yang berhasrat mengambil alih mana-mana pasukan perlu berfikir dua atau tiga kali kerana bola sepak bukan tempat untuk mengavt keuntvngan.

Namun, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata beliau sudah mempunyai perancangan bagaimana mahu meraih pendapatan untuk menguruskan pasukan TRW.

Mungkin tak untung dari bola sepak, tapi untung dari segi jenama. Malah, bagi tempoh tiga, empat tahun akan datang saya tak nak apa-apa cuma anggap itu sebagai satu perjvangan dan niat saya ikhlas.

Tapi sebagai contoh kalau saya buka restoran TRW di Kelantan, saya untung dari restoran. Jangan kita fikir perniagaan itu hanya untung dari penjualan jersi.

Kita mungkin boleh untung dari restoran itu yang mana peminat yang tak masuk stadium boleh tengok dekat restoran. Saya ada buat pengiraan, saya sebagai pelabur pun ada tengok risikonya, katanya.

sumber:BH

Ditanya mengenai hasratnya membeli pasukan TRW, Norizam bagaimanapun berkata perkara itu akan dijelaskan selepas semua proses selesai dan pihaknya akan ada perbincangan kali kedua bersama Persatuan Bolasepak Kelantan dalam masa terdekat.