Tahu tak? Caruman PERKESO yang kalian bayar setiap bulan tu.

Tahu tak? Caruman PERKESO yang kalian bayar setiap bulan tu, bukan hanya cover untuk kemalangan semasa ke/di/dari tempat kerja. Ia juga memberi perlindungan untuk keuzuran yang menyebabkan hilang upaya bekerja.

Contoh: tak boleh kerja kerana strok, kanser, amputasi kerana kencing manis, hemodialisis, kemalangan tidak berkaitan kerja, dan sebagainya.

Skim yang cover kemalangan bekerja tu, namanya Skim Bencana Kerja, manakala skim yang cover keuzuran selain melibatkan tempat kerja, namanya Skim Keilatan.

Meh baca sedikit tentang Skim Keilatan ni. Semua orang yang pernah mencarum PERKESO perlu tahu faedah yang anda layak kerana caruman yang anda buat itu, tapi kita fokus pada skim yang ramai taka tahu ni!

SKIM KEILATAN
Seseorang berinsurans dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Faedah Di Bawah Skim Keilatan

Pencen IlatBantuan llatElaun Layanan SentiasaPencen PenakatFaedah Pengurusan MayatKemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional/DialisisFaedah Pendidikan

Maklumat terperinci berada pada kapsyen di setiap gambar. Moga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation

Sumber: laman web PERKESO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *