Svmpahan Nombor 9

Ramai mengatakan ia adalah nombor sumpahan bagi Chelsea kerana kegagalan beberapa pemain ternama ketika menyarung jersi ker@mat itu.

Sejak 1993,Chelsea telah berbelanja hampir £110.5 M untuk pemain yang memakai jersi no 9 di Stamford Bridge termasuk pemain tengah dan pertahanan.Dalam jumlah itu 12 pemain telah menyarung jersi 9 dengan menghasilkan 226 gol dalam 686 perlawnan keseluruhan.Dalam Premier League pula merekodkan 495 perlawnan.

Teman mengajak kita semua mengenali sejarah no 9 (sejak 1993-2016) dan anda boleh menilai sendiri adakah ia sumpahan seperti dikatakan.

1) Tony Cascarino (1993-1994)
Penyerang Republic Ireland ini dibeli daripada Celtic.Beliau banyak bergelut di Chelsea dan hanya semusim di Chelsea. Walaupun menjadi antara tonggak Final FA Cup 1994,Cascarino dianggap gagal.Selepas itu beliau menyerlah di Ligue 1 dengan menghasilkan hampir 100 gol di sana.
(Stats – Transfer Fee : Unknown / Matches : 13 / Goals : 3)

2) Mark Stein (1994-1996)
Penyrang kelahiran South Africa ini merupakan antara penyrang cilik hebat.Beliau merekodkan jaringan dalam 7 perlawnan berturut-turut.Menyertai Chelsea daripada Stoke City,Stein turut beraksi dalam kesebelasan utama Final FA 1994.Selepas kehadiran Zola,Vialli dan Hughes,beliau keh!langan tempat utama di Chelsea.
(Stats – Transfer Fee : £1.5M / Matches : 54 / Goals : 25)

3)Gianluca Vialli (1996-1999)
Penyrang Italy ini hadir ketika berusia 32 tahun namun peminat Chelsea sangat teruja kerana reputasi gah beliau di Serie A.Sepanjang di Chelsea,Vialli yang juga player-manager membawa Chelsea muncul juara FA Cup (2 kali),League Cup (1 kali) dan UEFA Cup Winner Cup.
(Stats – Transfer Fee : Free / Matches : 78 / Goals : 40 )

4)Chris Sutton (1999-2000)
Dikatakan bermula daripada Chris Sutton adalah permulaan kepada svmpahan.Chelsea merekodkan pembelian £10M untuk Sutton dari Blackburn.Gol pertama beliau hadir ketika Chelsea nembelasah Man Utd 5-0.Namun hanya itulah sentuhan beliau.Setahun selepas itu,Chelsea menjual beliau dengan harga £4M.
(Stats – Transfer Fee : £10M / Matches : 39 / Goals : 3)

5)Jimmy Floyd Hasselbaink (2000-2004)
Beliau diangkat pemain no 9 paling berjaya di Chelsea.Chelsea memecahkan rekod pembelian mereka dengan menandatangi Hasselbaink dengan yuran perpindahan £15M.Namun Hasselbaink pantas membayar harga itu dengan prestasi menakjubkan.Gandingan bersama Eidur Gudjohsen menyaksikan beliau ditabalkan Top Goalscorers dengan jumlah 23 gol.Selepas kehadiran Andrian Mutu dan Hernan Crespo,Hasselbaink dilepaskan secara percuma oleh Chelsea.
(Stats – Transfer Fee : £15M / Matches : 177 / Goals : 88)

6)Mateja Kezman (2004-2005)
Ketika itu nama Kezman atau Batman (gelaran beliau) merupakan penyrang handalan eropah.Chelsea terdesak membawa Kezman selepas bintang Serbia itu muncul antara penjaring tulen eropah dengan rekod 149 gol bersama PSV.Namun sejak menyertai Chelsea,Kezman turut terkena “svmpahan” apabila bergelut untuk posisi utama walaupun beliau sebahagian skuad juara Liga ketika itu.Setahun selepas itu,Kezman dijual.
(Stats – Transfer Fee : £5.3M / Matches : 41 / Goals : 7)

7)Hernan Crespo (2005-2006)
Hernan Crespo penyrang prolifik Argentina di Serie A.Beliau hadir selepas pulih dari keced3raan dari Inter Milan.Musim pertama Crespo agak baik dengan meledak 12 gol dari 31 penampilan.Selepas kehadiran Didier Drogba,Crespo dipinjamkan ke AC Milan.Jose Mourinho memanggil kembali Crespo untuk memberi lebih banyak pilihan selepas aksi memberansangkan bersama Milan.Chelsea muncul juara liga pada musim kedua Jose dan ia merupakan kejayaan liga pertama Crespo.
(Stats – Transfer Fee : £16.8M / Matches : 41 / Goals : 20)

8)Khalid Boulahrouz (2006-2008)
Ia masih kekal misteri apabila jersi no 9 buat pertama kali diberikan kepada pemain pertahanan.Karier Boulahrouz di Chelsea banyak dibayangi faktor keced3raan sebelum dipinjamkan dan dijual.
(Stats – Transfer Fee : £8.5M / Matches : 20 / Goals : 0)

9)Steve Sidwell (2008)
Chelsea berjaya mendapatkan creative midfield ketika itu berikutan aksi menarik beliau bersama Reading.Namun krisis dalaman berlaku di Chelsea pada September menyaksikan Jose dipecat dan Sidwell mengalami karier tidak menentu.
(Stats – Transfer Fee : Free / Matches : 25 / Goals : 1)

10)Franco Di Santo (2008-2009)
Penyrang kelahiran Argentina ini menempa nama di Mexico.Beliau direkrut dari kelab Mexico,Audax Italiano.Dilihat memiliki potensi pada awalnya,Di Santo gagal memberi impak dan sering diketepikan ketika era Scolari dan Hiddink.Chelsea cuba memberi beliau peluang dengan dipinjamkan sebelum kembali namun prestasi mengec3wakan mrmbuat Chelsea mengambil keputusan drastik menjual beliau.
(Stats – Transfer Fee : £3.4M / Matches : 16 / Goals : 0)

11)Fernando Torres (2011-2014)
Torres nama yang cukup gah dieropah.Rekod jaringan menakjubkan membuatkan Roman Abramovich terdesak mendapatkan Torres sehingga terpaksa melabur besar (overpaid). Chelsea terpaksa menunggu 903 minit untuk melihat gol sulung Torres namun penyokong Chelsea pasti masih segar jaringan beliau di Nou Camp ketika mengikat Barcelona sekaligus mara ke pentas akhir UEFA Champion League.
(Stats – Transfer Fee : £50M / Matches : 172 / Goals : 45)

12)Radamel Falcao (2015/2016)
Falcao merupakan penyrang berbisa eropah ketika bersama Porto dan Atletico Madrid dengan rekod 150 gol.Beliau hadir selepas semusim mengec3wakan di Man Utd dimana beliau mengalami keced3raan panjang.Chelsea mendapatkan Falcao secara pinjaman dari Monaco dengan harapan kembali mengembalikan sentuhan berbisanya namun segala galanya serba tidak menjadi.Falcao terus ditimpa keced3raan berulang dan bergelut masalah prestasi dan kecergasan.
(Stats – Transfer Fee : Loan / Matches : 10 / Goals : 1)

No9 di Chelsea ketika ini masih “belum” berpenghuni dan ia masih dianggap antara nombor malang di Chelsea.Sumpahan atau tidak,pemain manakah bakal menjadi The Next No 9..

kredit:Don K-Rul IZham