Piala Sumbangsih:Adakah Taktikal Ini Menyebabkan JDT Menang?

Berikut adalah laporan perlawnan tersebut yang telah kami sediakan untuk anda.

SEPARUH MASA PERTAMA – Kedah Miliki Banyak Peluang Yang Terbuka

Awal babak separuh masa pertama dapat dilihat pasukan JDT cuba untuk memecah masuk ke kubv pertah@nan Kedah untuk mencari gol awal, namun benteng pertah@nan Kedah yang dibarisi oleh Shakir Hamzah, Renan Alves, Azmeer Yusoff dan Rizal Ghazali tenang mengawal gerakan sera ngan JDT.25 minit pertama perlawnan, Kedah lebih selesa melakukan gerakan sera ngan dan memiliki peluang yang cukup baik untuk menjaringkan gol pertama, namun bola hantaran silang Kpah Sherman yang singgah tepat ke kaki Hadin Azman gagal ditampan kemas kearah gol selain beberapa lagi peluang yang berjaya dicipta.

photo_2020-02-28_23-00-08 (2)

Barisan depan JDT dilihat kurang efektif pada sebahagian besar separuh masa pertama dan mungkin gandingan barisan tengah Kedah, Amirul Hisham dan Fadzrul Danial serta kombinasi aksi pemain pertah@nan berjaya mengekang perancangan pemain JDT.

Minit ke 36, Gonzalo Cabrera melakukan percubaan yang berbah@ya dari luar kawasan kotak penalti mencari bucu kiri gol Kedah, tetapi berjaya ditepis kemas oleh Ifwat. Ini adalah percubaan paling berbahaya dimiliki oleh JDT dalam separuh masa pertama.

photo_2020-02-28_23-00-06

5 minit sebelum tamat separuh masa pertama intensiti serta tempo permainan dari kedua-dua pasukan semakin rancak dan beberapa aksi dan peluang menjaringkan gol dihidangkan.

JDT yang berjaya memiliki sepakan penjuru disebelah kanan gol Kedah, mengambil short corner terus ke menuju dalam kawasan penalti dibaca tepat oleh Mauricio yang tidak melepaskan peluang menanduk masuk kedalam gol dan Ifwat hanya terpaku gagal melakukan apa-apa tindakan.Separuh masa pertama tamat dengan JDT mendahului Kedah dengan kedudukan 1-0.

SEPARUH MASA KEDUA – JDT Berjaya Cari Aksi Sebenar Mereka

JDT memulakan permainan dengan aksi dan tempo yang berbeza berbanding 45 minit pertama. Permainan mereka nampak lebih yakin dan berjaya membentuk kombinasi permainan sebenar mereka yang menyaksikan Kedah lebih banyak bertahan pada aksi 15 minit pertama.Dapat diperhatikan dalam separuh masa kedua ini, bahagian tengah Kedah yang dikawal oleh Fadzrul Daniel dan Amirul Hisham sedikit longgar dan telah membuka ruang yang lebih terbuka serta selesa untuk Leandro Velazquez untuk berlegar-legar dan ini menjadikan flow sera ngan JDT lebih lancar.

photo_2020-02-28_22-58-59

Minit ke 67 menyaksikan pertukaran pertama JDT apabila Aidil yang dilihat kurang selesa dengan kecede raan hamstring digantikan oleh Fadhli Shas dan Kedah juga turut melakukan pertukaran pada minit ke 71 mengeluarkan Hadin Azman dan memasukan Azamuddin Akil.JDT lebih dominan berbanding pasukan Kedah secara keseluruhannya dan Aidil Shahrin cuba untuk mencari gol penyamaan dengan mengeluarkan Tchetche Kipre yang ‘sunyi’ dalam separuh masa kedua dan memasukan Fayyadh Zulkifli.

photo_2020-02-28_23-00-08

Walau bagaimanapun, penguasaan pasukan JDT sejak permulaan separuh masa kedua begitu k0nsisten dan mereka jelas selesa serta berjaya mengekang segala asakan Kedah yang kelihatan semakin pudar menuju 90 minit perlawnan.

JDT berjaya menjuarai CIMB Piala Sumbangsih 2020 ini hasil gol jaringan Mauricio pada penghujung separuh masa pertama. Tahniah JDT!

Sumber:vocketfc