Sumareh Sudah Di miliki

WALAUPUN selalu mengelak menjawab isu teman wanita ketika ditanya netizen, pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh mengakui hatinya sudah dimiliki.

Sumareh yang cukup berahsia mengenai kisah peribadinya berkata, gadis berkenaan bukanlah di kalangan wanita tempatan dan dia enggan mendedahkan negara asal individu istimewa itu.

Menurutnya, dia mengakui ramai pengikut di Facebook dan Instagram bertanya mengenai persoalan terbabit namun lebih mengambil pendekatan berdiam diri kerana tidak mahu berkongsi perihal peribadi.

Saya akui memang sudah ada individu istimewa dan dia sentiasa memberi sokongan serta galakan terhadap perkara yang dilakukan terutama berkaitan bola sepak.

Berkaitan teman wanita, saya memang tidak pernah berkongsi mengenainya di laman Instagram kerana ia adalah perkara peribadi, katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Selain itu, ketika ditanya pendapatnya berkaitan wanita tempatan, tonggak skuad Pahang itu berkata, gadis tempatan ada tarikannya tersendiri namun dia sudah ada pilihannya.

Menerusi laman Instagram Sumareh, antara pertanyaan yang sering diajukan kepada pemain kelahiran Gambia itu adalah berkaitan teman wanitanya, malah ada antara mereka secara berseloroh mahu menjadi individu istimewanya.

Sementara itu, berkaitan perpindahannya ke Johor Darul Ta’zim (JDT) Sumareh tidak mahu membuka mulut berkaitan perkara terbabit walaupun mengetahui ketika ini isu berkenaan bertiup k3ncang.