Suka Dalam Duka

Dikala ramai peminat bola sepak Vietnam mula seronok apabila scene bola sudah kembali, ramai juga yang mungkin tidak menyedari bahawa pemain-pemain mereka sudah mula terkesan dengan risiko yang amat membimbangkan kec3deraan.

Laporan terkini dari portal sukan Zingnews menyatakan bahawa beberapa pemain utama skuad kebangsaan Vietnam kini mula mengalami kec3deraan hanya selepas 1 atau 2 perlawanan kembali berlangsung sehingga terpaksa berehat semula untuk beberapa minggu.

Kebiasaannya, pasukan dalam saingan Vietnam memerlukan sekitar 3 bulan untuk melakukan persiapan sebelum saingan bermula, tetapi selepas saingan bola sepak dihentikan mulai 15 Mac segalanya mula menjadi kucar-kacir.

Portal sukan terkenal di Vietnam itu menyebut bahawa para pemain khususnya terpaksa menukar cara latihan dari purpose-oriented training kepada physical fitness training dan pasukan juga berdepan kesukaran untuk melaksanakan perancangan lebih efektif dalam masa yang sesingkat itu.

Pada 13 Mei 2020, Jawatankuasa Eksekutif VFF membuat pengumuman bahawa saingan bola sepak domestik di negara itu akan bermula dalam tempoh 10 hari. Ini bermakna, persiapan yang sebelum ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 bulan telah dipendekkan kepada 2 minggu sahaja dan ini adalah punca utama kepada siri kec3deraan pemain.

Apabila pemain melakukan persiapan diawal musim, mereka telah bersedia untuk mempertingkatkan keadaan fizikal, teknikal, taktikal serta psikologi permainan. Mereka telah melakukan latihan berat dan otot, ligam3n serta sendi sudah pun stabil.

Tetapi dengan penundaan perlawanan disebabkan isv COV!D-19, pemain sudah tidak memiliki satu latihan yang stabil seperti biasa yang meletakkan mereka dalam situasi tanpa persiapan yang baik. Dan ini akan menjadikan mereka senang mendapat kembali kecederaan, komen dari bekas jurulatih Vietnam, Tran Binh Su.

Kini mereka terpaksa melihat sahaja keadaan kec3deraan yang dialami oleh beberapa pemain utama skuad kebangsaan Vietnam seperti Trong Hoang, Ha Duc Chinh , Nguyen Van Quyet, Nguyen Trong Hung, Nguyen Van Toan, Tuan Anh, serta pemenang bola emas Vietnam Do Hung Dung.

Ini masih belum dicampur dengan pemain-pemain yang tidak mempamerkan aksi seperti yang diharapkan lagi yang menyebabkan Park Hang-seo mula gelisah bagaimana mahu melakukan pemilihan pemain menyertai kem latihan skuad kebangsaan nanti.