sudah 30 tahun tidak menjejak kaki ke perlawanan akhir

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 akan berlangsung pada 2 November depan di antara Kedah dan Johor Darul Takzim.

Menjelang aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, bekas pemain Kuala Lumpur, Subardron Aziz menyuntik rasa ‘g3ram’ dan semangat tambahan kepada barisan pemain kedua-dua pasukan yang akan bermain di final, apabila memberitahu bahawa karier bolasepak seseorang pemain itu tidak lengkap seandainya tidak pernah menjulang Piala Malaysia walaupun sekali.

Dia yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama skuad warga kota sebanyak tiga kali pada 1987, 1988 dan 1989 menyifatkan trofi berprestij yang merupakan trofi tertua di Asia Tenggara sebagai satu sentimen paling bernilai dalam kariernya sebagai pemain bola sepak suatu ketika dahulu.

“Menang Piala Malaysia dalam masa tiga tahun berturut-turut kita rasa satu benda yang luar biasa, rasa macam Malaysia ni kita yang punya. Karier dalam bola sepak tak lengkap kalau tak pernah pegang Piala Malaysia, ada pemain yang tak pernah dapat Piala Malaysia dan bukan senang nak pegang Piala Malaysia malah kalau tak menang piala ni dia tak menjadi satu peringatan atau pun sejarah,” katanya.

Mengimbau kenangan lalu, Subardron berkata, “Tahun 1985 Kuala Lumpur kalah di final (kepada Johor), tahun 1986 kita menjuarai liga tapi di Piala Malaysia kalah dengan Pahang pada peringkat separuh akhir saya rasa sangat sed!h bila kalah, jadi saya bert3kad tak nak kalah lagi.

“Pada waktu itu, saya rasa saya dah senior, saya anggap ini pasukan saya, saya akan bawa segala-galanya apa yang saya ada untuk menang, malah jika dalam bolasepak ni bagi saya m@ti pun saya sanggup,” jelasnya.

Sebagai rekod, Kuala Lumpur menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah pada 1987 dengan menewaskan Kedah 1-0 menerusi jaringan K.Kannan dalam perlawanan akhir dan menariknya mereka mempertahankan kejuaraan untuk dua tahun berikutnya juga dengan men3waskan Kedah.

Begitupun, sejak kemenangan 2-1 ke atas Kedah dalam final 1989, sudah 30 tahun Kuala Lumpur tidak menjejak kaki ke perlawanan akhir dan Subardron berharap era gemilang mereka dapat dikembalikan satu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *