Striker Dari Brazil Dalam Radar Pasukan Pantai Timur

Sebuah pasukan dari Pantai Timur kini mula dikaitkan dengan perp!ndahan masuk seorang penyrang berasal dari Brazil iaitu Rafael Silva dos Santos yang juga merupakan bekas penyrang utama pasukan Vasco da Gama dalam saingan Brazil Serie A.

Memiliki pengalaman selama lebih 5 musim dalam pertandingan peringkat tertinggi di Brazil, Rafael Silva juga pernah menyarung jersi pasukan Barito Putera dalam saingan Liga 1 menjaringkan 14 gol dan 4 assist dari 28 penampilan.

Musim 2020 ini, Rafael Silva ber@ksi dengan pasukan Always Ready dalam saingan Bolivia Serie A dan untuk musim akan datang beliau nampaknya sudah bersedia untuk kembali ke Asia Tenggara untuk mampamerkan keupayaan.

Dari maklumat yang diterima, sudah ada beberapa pasukan dalam saingan Liga Super yang turut menyatakan minat menggunakan khidmat beliau menerajui barisan ser@ngan dan kini sedang mengikuti rapat perkembangan Rafael Silva sebelum membuat keputusan.

Ketika beraksi bersama Barito Putera musim 2019 juga, Rafael Silva bergandingan dengan seorang pemain Indonesia yang kini turut dikaitkan dengan perp!ndahan ke Malaysia iaitu Evan Dimas.Bersama kelab Always Ready musim 2020 ini, Rafael Silva sudah mencatatkan 10 penampilan dimana 8 daripadanya sebagai kesebelasan utama dan menjaringkan 3 gol mengikut data yang diperolehi dari Soccerway.

sumber:Vocketfc