Status Zainal Abidin 50/50

Beberapa nama jurulatih popular di negara ini menjadi perhatian Persatuan Bolasepak Melaka United untuk dipilih membimbing skuad Kancil bagi mengh@dapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi ketika mengesahkannya berkata, mereka termasuk bekas pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yang memiliki rekod cemerlang selain bekas pengendali PKNS, E Elavarasan dan K Devan PJ City.

Katanya, ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan juga tersenarai dalam penilaian untuk dikekalkan. Apapun, semuanya terserah kepada panel pemilihan yang akan bermesyuarat esok untuk menentukan jurulatih bagi membimbing pasukan musim depan. Pemilihan perlu disegerakan sebagai persiapan pasukan mengharungi liga yang semakin hampir, katanya di sini, hari ini.

Mohd Yusoff berkata skuad Melaka perlu melakukan persediaan lebih rapi bagi memastikan mereka mampu bersaing dengan pasukan lain di pentas Liga M selepas gagal meraih sebarang piala musim ini.

Katanya, minat yang ditunjukkan ramai jurulatih terhadap pasukan berkenaan memberi gambaran mereka bersedia untuk membentuk pasukan lebih disegani dalam kancah bola sepak negara ini musim depan.

sumber:BH