Status Nwakaeme belum sah

Pahang masih lagi berteka-teki sama ada Dickson Nwakaeme atau `Orang Besi’ sah bersama skuad Tok G@jah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Biarpun kelibat pemain Nigeria itu dilihat bersama pemain skuad bimbangan Dollah Salleh pada sesi latihan di Taman Gelora, di sini, semalam, ia masih menjadi tanda tanya.

Menurut sumber, pemain berumur 34 tahun itu sudah tiba di Kuantan Sabtu lalu dan mula menjalani latihan untuk meningkatkan tahap kecergasan.

“Namun, setakat ini perbincangan masih lagi diadakan oleh kedua-dua pihak sama ada Nwakaeme kembali menjadi nadi utama skuad Tok G@jah musim ini.

“Jika diikutkan Pahang begitu mengharapkan sentuhan berbisa Nwakaeme kerana dia mempunyai aura yang tersendiri apatah lagi peminat Tok G@jah amat menyukainya,” kata sumber itu.

Musim lalu, Nwakaeme membuktikan dia masih penye rang berbisa selepas meledak 19 gol bersama Pahang, termasuk sembilan gol dalam saingan Piala Malaysia.

Sebelum ini, Nwaekaeme berkata, Pahang adalah ‘kampung’ keduanya kerana pernah mencipta kejayaan manis terutama menjulang Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih pada 2014.

Sekiranya Nwakaeme bersetuju, penye rang import itu bakal bergandingan dengan pemain Brazil, Ivan Carlos di bahagian sera ngan.

Setakat ini, skuad Tok G@jah sudah menandatangani tiga import iaitu Carlos, Harold Goulon dari Perancis dan Adam Reed (Filipina).

sumber:BH