Status naturalisasi Liridon & De Paula ditunda, ini sebabnya

Status dua calon pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi dan Guileherme de Paula hanya akan diketahui pada pertengahan Februari akan datang.

Sebelum ini Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) menjangkakan keputusan permohonan kepada Perseketuan BolaSepak Antarabangsa (FIFA) boleh diketahui pada Januari ini.

Namun demikian keputusan tersebut terpaksa ditangguhkan selepas FIFA memerlukan dokumen tambahan membabitkan kedua-dua pemain tersebut.


“Kita juga memerlukan dokumen daripada pihak ketiga yang mungkin kadang-kadang tak sepantas yang kita mahu. Jadi semua dokumen itu sudah kita terima pada hujung tahun lalu,” katanya.

Usaha mendapatkan kelulusan dari FIFA adalah salah satu proses yang perlu dilakukan oleh FAM sebelum mengemukakan permohonan mendapatkan kerakyatan negara ini daripada kerajaan Malaysia.

Liridon Krasniqi kini sudah bersama pasukan JDT, tatkala De Paula menyertai pasukan Perak untuk saingan Liga Malaysia 2020.