Status Harris Harun Jadi tanda tanya

Pemain tengah Singapura, Hariss Harun sebentar tadi memberi bayangan beliau telah membuat keputusan untuk keluar daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui paparan di laman Instagram Story.Keputusan telah dibuat, terima kasih JDT, tulis Harris Harun sambil memaparkan gambar beliau berada dalam terowong menuju ke padang di Stadium Sultan Ibrahim.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada JDT mengenai status pemain tersebut yang telah beraksi dalam Liga Malaysia sejak tahun 2012.Malah beliau juga tidak kelihatan pada sesi latihan JDT sejak 17 Jun lalu sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat JDT.

Difahamkan Hariss mengalami kec3deraan lutut yang mungkin mengambil tempoh lama untuk pvlih dan kemungkinan terpaksa melupakan baki saingan Liga Malaysia musim iniPemain yang berusia 30 tahun itu baru sahaja meraikan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut dan masih belum mendedahkan ke mana destinasinya selepas ini.

Namun, ramai pihak menjangkakan Hariss akan beraksi dalam saingan Thai League, mengikut jejak langkah dua pemain Malaysia iaitu Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United) dan Dominic Tan (Police Tero).Sebelum ini, Hariss pernah berhijrah ke pasukan lain dimana beliau menyertai kelab divisyen empat Liga Sepanyol, CE L’Hospitalet secara pinjaman pada 2017. Namun, perpindahan Hariss terpaksa dibatalkan kerana L’Hospitalet berdepan masalah dengan cukai sekaligus dijatuhi hukvman tidak boleh menandatangani pemain baharu.

Hariss kemudiannya pulang ke Singapura dimana beliau beraksi bersama Home United juga secara pinjaman sehingga penghujung musim 2017. Setelah tempoh pinjaman selesai, Hariss pulang ke JDT pada awal 2018.