SSMZA,Stadium Setaraf Dunia

Keadaan terkini padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) nampaknya berada dalam kondisi baik selepas dinaik taraf dan dijangka bersedia untuk digunakan apabila saingan Liga Malaysia bersambung nanti.

Menteri Besar Terengganu yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hadir melakukan tinjauan ke tapak projek penambahbaikkan padang dan trek stadium SSMZA pagi tadi.

Terengganu yang merupakan perintis kepada satu program yang dibuat oleh Malaysia Football League (MFL) telah menerima bantuan untuk menaik taraf fasiliti paling penting itu sejak tahun lalu yang dikatakan bernilai sekitar RM1 juta.

RS Greenmaster merupakan kontraktor yang bertanggung jawab untuk memastikan padang SSMZA ini akan siap dan berada dalam keadaan yang sempurna sebelum digunakan oleh pasukan Terengganu nanti.

Padang baru ini dilaporkan menggunakan rumput jenis Bermuda walaupun pada asalnya mereka mahu menggunakan rumput dari jenis Paspalum atas beberapa faktor yang berkaitan dengan penyelengg@raan.

106179335_702605290297055_448057163129142763_o

Selain padang, trek disekeliling padang SSMZA juga telah dinaik taraf dan seperti dalam gambar diatas, logo pasukan Terengganu bersaiz gergasi juga kelihatan diletakkan dibahagian belakang gol.

Turut serta dalam lawatan Menteri Besar Terengganu itu juga adalah Timbalan dan Setiausaha Agung PBSNT.

106539507_702605623630355_2822243002200157745_o

Menjelang saingan Liga Malaysia yang akan bersambung tidak lama lagi, skuad Terengganu akan turun beraksi diatas padang yang lebih baik berbanding sebelum ini dan diharapkan pasukan yang dibimbing oleh Nafuzi Zain akan dapat memberikan aksi mantap serta merebut tempat ke saingan peringkat Asia musim hadapan.

sumber:vocketfc