Spurs memalukan – Waddle

LONDON 2 Okt. – Bekas pemain Tottenham Hotspur, Chris Waddle berkata kekalahan 7-2 kepada Bayern Munich dalam saingan Kumpulan B Liga Juara-Juara di laman sendiri hari ini adalah amat memalukan.

Bekas pemain sayap Arsenal, Serge Gnabry menjaringkan empat gol di babak kedua, menyaksikan kelab utara London itu ketinggalan jauh sejak penyerang tuan rumah Heung-min Son membuka jaringan di Stadium Tottenham Hotspur pada minit ke-12.

Bercakap selaku pengulas sukan di BBC Radio Five Live, Waddle berkata, dia tidak faham dengan taktikal yang digunapakai jurulatih Spurs, Mauricio Pochettino untuk berdepan juara Jerman itu, selain percaya mungkin mereka mempunyai masalah dalaman.

“Saya tidak faham dengan taktik Spurs. Dia tidak bermain dengan kekuatannya. Saya tidak fikir Serge Aurier mahu berada di situ. Christian Eriksen pula dimasukkan sedangkan dia enggan menandatangani kontrak baharu. Terdapat banyak perkara isu dari luar padang.

“Mereka sepatutnya sudah selesai menandatangani perjanjian pada musim panas, bagaimanapun persoalan tentang kontrak masih berjalan.

“Ia memalukan. Anda tidak mempunyai idea untuk menyokong. Kelab yang hebat seperti ini tidak wajar dimalukan. Mereka perlu menyelesaikan semua masalah dengan cepat,” kata Waddle.- AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *