Son menyesal

LONDON: Kad merah dilayangkan kepada Son Heung-min kerana terj@han k3ras yang menyebabkan pemain Everton, Andre Gomes mengalami kec3d3raan ngeri, ditarik balik Persatuan Bola Sepak England (FA).

Bintang Tottenham itu dibuang padang pada babak kedua selepas terjahan terhadap Gomes yang menyebabkan pemain tengah Toffees itu p@t@h pergelangan kaki kanan.

Jurucakap FA menerusi Twitter berkata: “Heung-min boleh bermain buat Tottenham Hotspur FC untuk tiga saingan domestik seterusnya selepas Jawatankuasa Peraturan Bebas menerima rayuan yang dikemukakan.

“Penyerang itu dibuang padang kerana kes@lahan serius ketika saingan Liga Perdana menentang Everton FC pada Ahad 3 November 2019.”

Insiden itu mengejutkan bola sepak dunia ketika pemain Portugal itu terbaring di atas padang.

Bagaimanapun, rakaman video menunjukkan pemain antarabangsa Korea Selatan itu tidak berniat untuk mencederakan lawannya itu.

Son membuat cabaran terhadap lawannya dari belakang tetapi tidak mendapat bola sebelum Gomes berl@nggar dengan Serge Aurier.

Tampak kaki bekas pemain Barcelona itu tersangkut pada rumput.

Pemain tengah Tottenham itu dikatakan amat kec3wa dengan kec3d3raan dialami rakan pemain profesional itu dan kelab berkenaan menawarkan kaunseling terhadapnya bagi memulihkan psikologinya berikutan insiden berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *