Cityboy Pilih Jurulatih Chile

Pasukan Kuala Lumpur dikhabarkan bakal dibimbing oleh ketua jurulatih baharu bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, jurulatih baharu yang dimaksudkan ialah Simón Elissetche, pengendali berasal dari Chile berusia 43 tahun dan mempunyai pengalaman luas di Liga Indonesia dan Timor Leste.

Simon mencipta nama di negara jiran apabila beliau pernah mengendalikan beberapa kelab di Indonesia antaranya Persita Tangerang, Aceh United dan dua kelab di Timor Leste iaitu Karketu Dili dan Lalenok United.

Meskipun banyak mengendalikan kelab yang beraksi di divisyen rendah, namun pengurusan skuad The City Boys dilihat yakin dengan kemampuan Simon untuk mengendalikan pasukan itu yang akan ber@ksi dalam saingan Liga Super musim 2021 nanti.

Kuala Lumpur berjaya melayakkan diri ke Liga Super setelah dibimbing oleh Nidzam Adzha Yusoff dalam sa!ngan Liga Perdana pada musim 2020. Pasukan dari Lembah Klang itu men@matkan saingan Liga Perdana di tangga kedua di belakang juara, Pulau Pinang.

Selain bakal mendapatkan ketua jurulatih baharu, Kuala Lumpur dilaporkan turut mengekalkan beberapa pemain antaranya Nicolas Dul dan Francis Kone.

sumber:BH