Sila Bayar Gaji Awal

MASALAH pembayaran gaji dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) bukan saja akan memberi kesan buruk kepada mutu bola sepak negara, malah mengundang gejala rasvah.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim (gambar) berkata, menerusi urus tadbir yang efisyen dan teratur, setiap pasukan diyakini mampu mengatasi masalah tunggakan gaji sekali gus menghalang pemain daripada mendekati bookie.

Katanya, SPRM sentiasa memantau perkembangan setiap pasukan dalam sa!ngan Liga M bagi memastikan gejala ini dapat dihindari.

“Kita memang tidak dapat nafikan bahawa ada kemungkinan berlakunya rasuah ataupun kegiatan mengatur perlawnan dalam b0la sepak.

“Insya-Allah, jika perkara ini kita sentiasa semai dalam pemain terutama pemain generasi muda, tak mustahil perbuatan rasuah ini dapat dijauhi,” katanya pada majlis ikrar bebas rasuah oleh pemain dan pegawai UiTM FC, semalam.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor HEP UiTM yang juga merangkap Presiden UiTM FC, Prof Dr. Azizan Abdullah berkata, setiap pemain harus mengambil ikhtibar daripada peristiwa hitam yang pernah menghantui b0la sepak negara pada 1990-an.

“Sebagaimana kita tahu tahun 1990-an dulu, banyak berlaku salah laku (rasuah dan mengatur perlawnan) pemain ini, tapi selepas itu kesedaran pemain cukup tinggi.

“Walau bagaimanapun, di UiTM FC ini, kita memang menekankan disiplin dan menolak rasuah.” katanya.

Sumber:HM