Siapa Yang Salah Ni? FAS Atau MFL

Pada Sabtu, heboh mengenai Stadium Shah Alam berkemungkinan besar tidak dapat digunakan kerana masalah ker0sakan bumbung.

MFL kata selepas pemeriksaan awal dibuat, perkara itu telah dimaklumkan kepada FAS dan diminta membaiki ker0sakan tersebut atau berdepan kemungkinan SSA tidak diluluskan.

Tetapi Setiausaha Agung FAS, Johan Kamal Hamidon pula berkata, ker0sakan itu memang sedia diketahui, tetapi tidak pernah pula MFL minta mereka baiki.

“Secara jujurnya, saya tidak tahu mengenai pemeriksaan tersebut dan juga pemintaan mereka untuk kami (FAS) perbaiki.

“Setakat ini kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk Stadium Shah Alam dari segi pembaikan padang dan juga bumbung, sebab kami tidak mempunyai kapasiti dan sumber untuk membuat apa-apa di situ.

“Proses pembaikpulihan yang sedang dibuat sekarang tidak ada kena mengena dengan FAS, tetapi di bawah Darul Ehsan Management yg telah mengeluarkan satu tender.”

MFL kata sudah beritahu, Johan Kamal kata tidak tahu 

Penyokong pula bertanya kenapa baru sekarang MFL maklumkan mengenainya iaitu kira-kira kurang tiga minggu liga nak bermula?

Foto : Penyokong Selangor