Siapa Yang Berminat Boleh Cuba

Pasukan Kelantan sudah memulakan persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila mereka mencari Pengarah Teknikal dan juga jurulatih berpengalaman. Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana mereka mempelawan mana-mana individu yang menepati kriteria untuk menghubungi pihak pengurusan.

Kelantan dilihat mahu tampil sebagai sebuah pasukan berbeza dan mempunyai struktur yang lebih baik pada musim hadapan berbanding musim-musim sebelumnya dengan pelantikan Pengarah Teknikal dan juga pengambilan jurulatih berpengalaman.

Perlantikan segeraKelantan FC sedang mencari calon sesuai dan berpengalaman untuk jawatan Technical Director dan…

Posted by TRW Kelantan FC on Sunday, September 27, 2020

Sejak diambil alih oleh ZamSaham, Kelantan telah mengharungi beberapa fasa perubahan antaranya tunggakan gaji pemain sedia ada, bekas pemain serta bekas staf jurulatih telah diselesaikan.

Peluang skuad The Red Warr!ors untuk naik ke Liga Super musim hadapan sudahpun tertutup namun jika pasukan itu menampilkan prestasi cemerlang pada saingan musim 2021, tidak mustahil mereka mampu untuk kembali ke saingan Liga Super pada 2022.

sumber:Vocketfc