SIAPA MESIN GOL PALING BERJAYA DI LIGA MALAYSIA

DARI JUAN MANUEL AROSTEGUI, MARLON ALEX JAMES KE BAMBANG PAMUNGKAS DAN LAIN-LAIN SIAPA MESIN GOL PALING BERJAYA DI LIGA MALAYSIA

Artikel Hanya Menyenaraikan Penjaring 30 Gol Semusim Keatas Sahaja

Juan Manuel Arostegui MPPJ FC/50 Gol Posisi pertama adalah milik Juan Manuel Arostegui pernah mewarnai Liga M suatu ketika dahulu bersama kelab MPPJ FC. Kelab tersebut juga pernah mendapat jolokan Chelsea Malaysia sekitar musim 2004/2005 dimana pengurusan membelanjakan nilai juta bagi membentuk pasukan.Arostegui mencatat 33 gol dalam Liga, 4 dalam Piala FA dan 13 gol dalam Piala Malaysia menjadikan beliau pemain pertama meraih 50 gol dalam satu musim.

Marlon Alex James Kedah FA/46 Gol dan 40 Gol Posisi ke-2&3 Rekod diikuti oleh penye rang sensasi Kedah FA, Marlon Alex James. Marlon hampir memecah rekod gol milik Arestegui itu pada tahun 2008 dengan meled@k 46 gol semusim untuk Kedah. Marlon terlebih dahulu meled@k 40 gol pada 2007 semusim sebelum itu juga bersama Kedah. Lebih menarik, Marlon membantu Kedah memenangi ‘Double Treble’ diperingkat d0mestik.Pecahan rekod 46 gol Marlon pula adalah, 23 gol dalam Liga Super, 13 gol dalam Piala Malaysia dan 10 gol dalam Piala FA.Terdahulu bersama kelab MK Land di Liga Perdana, Marlon sudah mempamerkan taring dengan rekod 25 gol buat kelab tersebut. Marlon juga mencatat rekod pemenang Kasut Emas Liga Super sebanyak 2 kali dengan 2 pasukan berbeza.  

Bambang Pamungkas Selangor FA/39 Gol Posisi ke-4 Bambang merupakan legenda Selangor FA pada 2005. Beliau adalah tvnjang utama membantu Selangor meraih ‘treble d0mestik’ pada musim tersebut. Bambang merekodkan 39 gol dalam semusim bersama Red Giant.Pecahan gol Bambang adalah, 23 gol dalam Liga Perdana, 9 gol dalam Piala FA dan 7 gol dalam Piala Malaysia. Menariknya, Bambang menjaringkan 5 gol dalam 2 perlawnan akhir pada musim 2005.

Brian Fuentes Selangor FA/35 Gol Posisi ke-5 pula milik bekas penye rang sensasi Selangor FA juga, Brian Fuentes pada musim 2004. Fuentes mencatatkan 35 gol dalam semusim menerusi 25 gol dalam Liga Perdana, 5 gol dalam Piala FA dan 5 gol dalam Piala Malaysia. Fuentes merangkul Kasut Emas Liga Perdana 2004.Musim seterusnya bersama Red Giant, Fuentes merakam 31 gol buat pasukan. Bayangkan gandingan Funetes dan Bambang mencipta 70 gol dalam semusim pada 2005, !konik dan g!la!

Philimon Chipeta Perlis FA/34 Gol  Posisi ke-6 milik penye rang lagenda S!nga Utara, Philimon Chipeta. Chipeta merekodkan 34 gol semusim bersama Perlis FA pada musim 2003. Beliau juga dinobatkan selaku pemenang Kasut Emas liga musim tersebut.Pecahan gol beliau adalah 23 gol dalam Liga, 4 gol Piala FA dan 7 gol bagi saingan Piala Malaysia.

Jorge Rolando Pereyra Diaz JDT/32 Gol Posisi ke-7  bagi penye rang yang mencapai 30 gol keatas dalam semusim adalah milik bekas pengempvr kelab JDT, Jorge Rolando Pereyra Diaz. Diaz merekodkan 32 gol untuk semusim bersama JDT pada tahun 2016.Diaz juga dinobatkan selaku pemenang Kasut Emas Liga Super 2016 menerusi 18 jaringan dihasilkan.Pecahan gol pula menyaksikan Diaz merekodkan 18 gol dalam Liga Super, 8 gol dalam Piala FA dan 6 gol dalam AFC.

Kredit: Don K-Rul IZham