Serik diti pu ejen, ini tindakan KLFA lakukan sebelum ambil pemain import

Persatuan BolaSepak Kuala Lumpur (KLFA) memberi jaminan pemilihan pemain import untuk disenaraikan bersama skuad utama Kuala Lumpur pada musim depan akan dilakukan dengan lebih berhati-hati dan terperinci selepas mendak wa telah diti pu oleh ejen pemain.

Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa dalam kenyataannya kepada New Straits Times memaklumkan persatuannya terpaksa menanggung kerugian yang besar pada musim ini selepas mereka menandatangani pemain-pemain yang sengaja menyembunyikan kecede raan.

Pada awal musim ini, Kuala Lumpur terpaksa menamatkan kontrak pemain pertahanan Indonesia, Achmad Jufriyanto pada bulan Februari selepas mengalami kecede raan serius sewaktu tempoh persediaan pra-musim. Kemudian penye rang utama, Guilherme de Paula juga disisihkan selama enam bulan berikutan kecede raan tendon.

Untuk musim depan, skuad The Hawks hanya mengekalkan sembilan orang pemain sahaja dan pasukan itu dikatakan hanya akan mendapatkan pemain-pemain yang berkualiti dan benar-benar bebas dari kecede raan supaya dapat bersaing di Liga Premier.

“Kami akan lebih berhati-hati kali ini apabila mendapatkan pemain baharu. Kami akan menilai mereka semasa dalam latihan untuk melihat sama ada mereka cergas atau tidak sebelum menawarkan kontrak.

“Semua pemain akan dihantar ke Universiti Malaya (UM) untuk ujian kecergasan memandangkan UM mempunyai sistem yang baik di sana.” kata Nokman.

Setakat ini, Kuala Lumpur sudah pun mendapatkan beberapa pemain tempatan yang berpengalman dan pernah bermain untuk skuad kebangsaan seperti Muhammad Akram Mahinan, S. Subramaniam, Muhammad Shukor Adan, Mohamad Qayyum Marjoni Sabil dan Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim.

Manakala, bekas ketua jurulatih Kedah, Muhammad Nidzam Adha pula telah dilantik untuk mengendalikan pasukan itu pada musim depan.

Tambah Nokman lagi, KLFA tidak menghadapi sebarang masalah kewangan terutamanya isu hutang tertunggak yang akan menjejaskan persiapan pasukan itu pada musim depan.

“Kami sudah ada senarai pemain yang mahu ditandatangan, tetapi mereka hanya akan ditawarkan kontrak selepas mereka sudah disahkan benar-benar cergas.”

Kredit Foto: Kuala Lumpur FA