Semuanya disebabkan oleh Malaysia

Akira Nishino harus kini menyedari tugas melatih skuad kebangsaan Thailand tidak semudah disangka atau diharapkannya — dengan hanya satu perlawanan, segala-galanya boleh berubah dalam sekelip mata.

Sekembalinya daripada kekalahan 1-2 kepada Malaysia di Stadium Nasionaal, Bukit Jalil malam kelmarin, akhbar Bangkok Post mengisytiharkan tempoh ‘berbulan madu’ jurulatih berusia 64 tahun itu dengan penyokong skuad Thailand itu sudahpun berakhir.

Akhbar nombor satu Thailand, Thai Rath, dalam hantaran terbaru dalam versi di atas taliannya pula memberikan penarafan yang rendah buat kesebelasan pilihannya ketika ditundukkan Malaysia serta menuntut peningkatan segera.

Datangnya skuad Thailand itu ke Kuala Lumpur adalah bersandarkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan G, Pusingan Kelayakan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu tapi pulangnya mereka sekadar di tangga kedua setelah dipintas Vietnam dan pasukan itu menanti Selasa ini.

Dan, seperti diakui oleh Nishino, masih terlalu banyak yang perlu dilakukannya dan apa yang menc3maskan, masa sangat menc3mburuinya.

Kali terakhir membimbing Jepun ke pusingan 16 Piala Dunia 2018 di Russia, jurulatih itu yang turut berpengalaman membimbing Gamba Osaka, Vissel Kobe dan Nagoya Grampus dalam Liga-J, perihal Malaysia bangk!t daripada ketinggalan seawal minit keenam untuk menyvmbat dua gol tidak terduga olehnya.

Dalam pada itu, Nishino tetap l0kek untuk memberi sebarang pujian kepada Nalaysia, sebaliknya menyalahkan pemain-pemainnya yang lambat serasi dengan falsafah permainan yang ingin diterapkannya.

Buat seorang jurulatih dengan reputasi sebesar yang dimilikinya untuk ditundvkkan daripada segi taktikal oleh Tan Cheng Hoe yang bukan pun perbandingan dengannya, harus amat mem3ritkan.

Kami bermula dengan baik untuk menjaringan gol awal. Tapi selepas itu kami tidak cukup kuat untuk menggandakan jaringan hingga membawa kepada kekalahan kesudahannya.

“Dari awal lagi kami meram@lkan sa!ngan sukar dalam kumpulan ini. Dalam tiga perlawanan pertama, kami melakukan tugas dengan baik tapi teg3lincir (ketika bertemu Malaysia). Kami perlu meningkat (dalam perlawanan dengan Vietnam),” katanya seperti dipetik Thai Rath.

Akhbar itu turut memberikan penarafan rendah kepada kesebelasannya seperti berikut: Siwarak Tedsungnoen (gk) 5, Tristan Do 5, Manuel Tom Bihr 5, Yusef Elias Dolah 5, Korrakot Udorn-siri 5, Sarach Yooyen 5.5, Phitiwat Sookjitthammakul 5.5, Ekanit Panya 5.5, Chanathip Songkrasin 6, Supachok Sarachat 5.5 dan Teerasil Dangda 5.5.

Menyalahkan keh@mbaran itu kepada kekurangan kesungguhan di pihak pemain-pemainnya, Nishino, bagaimanapun, meraih pujian kerana keb3raniannya melakukan perubahan.

“Pertukaran empat pemain pertahanan berbanding dalam tiga perlawanan terdahulu adalah kerana saya berasakan mereka telah bekerja keras. Keserasian antara mereka masih belum sempurna tapi saya percaya mereka akan bertambah baik.

“Bagi kedua-dua pemain tengah (Sarach dan Phitiwat), mereka jelas hilang rentak di samping posisi lain juga tidak selancar sebelumnya,” jelasnya.

Tapi ia juga bukan situasi yang menghairankan Nishino.

Sekadar seri 0-0 dengan Vietnam di Bangkok dalam perlawanan pertamanya 5 September lalu, Thailand kemudian melakar dua kemenangan berturut-turut, 3-0 ke atas Indonesia dan 2-1 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum Malaysia menghadiahkan mereka kekalahan pertama.

Stadium Nasional My Dinh, Hanoi mungkin menjadi pentas buat Thailand bangk!t semula Selasa ini dan jika itu berlaku, jelaslah Harimau Malaya telah meny3ntak mereka daripada lamunan sebelumnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *