Semua Pemain Ini Pilihan Saya

Pengendali Selangor, B Sathianathan jelas berpuas hati dengan kemasukan beberapa ‘rekrvt’ baharu yang ditandatangani pada jend3la perpindahan kali ini bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) yang dijadual akan membuka t!rainya, hujung Februari ini.

Katanya, semua pemain yang disambar itu sememangnya berada dalam radar dengan dia mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan pengurusan yang sentiasa memberikan s0kongan bagi memastikan ‘kehendaknya’ tercapai

“Semua pemain ini adalah pilihan saya. Jadi terima kasih kepada pengurusan yang bertungkus lumus menjayakan perkara ini. Saya berjaya mendapatkan pemain yang akan menjadi t0nggak Selangor bagi musim 2020.

“Saya yakin kehadiran mereka khususnya di barisan pertahanan dapat membantu mengatasi masalah yang sering kita hadapi pada musim ini namun kita perlu terus bekerja keras untuk memantapkan lagi persediaan menjelang musim baru nanti.

“Tetapi apa yang saya lihat, saya 0ptimis skuad kali ini dapat pergi lebih jauh berbanding musim 2019,” katanya.

Setakat ini, skuad The Red Giants membawa masuk enam muka baharu iaitu Rodney Celvin Akwensivie, Tauffiq Ar Rashid, Nick Swirad dan Norhakim Hassan serta dua perpindahan yang dianggap ‘berpr0fil tinggi’ iaitu Brendan Gan dan Safuwan Baharuddin.

Mengulas lanjut mengenai persediaan pramusim Selangor, Sathianathan menjelaskan mereka sudahpun mengatur 13 perlawanan persahabatan dan untuk itu, mereka sudah mula mengadakan latihan.

“Ada lagi pemain yang masih diberikan cuti khususnya pemain kebangsaan tetapi kita juga sudah memulakan latihan. Mungkin kita akan dapat skuad penuh untuk menjalani latihan pada minggu hadapan.

“Kita akan menyertai Kejohanan Cabaran Asia 2020 pada pertengahan bulan depan dan seterusnya, kita akan berangkat ke China untuk mengharungi kejohanan jemputan Piala Tahun Baru. Selepas itu, kita akan mengharungi beberapa lagi @ksi persahabatan sebelum memulakan musim,” katanya.

sumber:BHarian