Semua Mahu Ke Eropah .Dipersilakan..

Skuad Selangor tidak menghalang barisan pemain mudanya untuk berkelana ke Eropah bagi menimba lebih pengalaman sekali gus meningkatkan kualiti dan corak permainan mereka pada masa akan datang.

Malah, Pengarah Teknikal The Red G!ants, Micheal Feichtenbeiner melihat situasi terbabit bakal menyaksikan mereka menjadi pemain lebih matang dengan mempunyai kekvatan mentaliti dalam menghadapi perlawnan k0mpetitif.

Sudah tentu kita tidak boleh memberi jaminan bahawa setiap pemain dapat melonjak sehingga ke Eropah tetapi saya mahu pemain melihat daripada perspektif yang perkara ini boleh dilakukan.

Jika pemain kita berjaya ke negara Eropah ataupun liga besar Asia yang lain dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kita boleh berbangga dengan pembangunan yang kita lakukan. Selain itu, kita pun mahu dinilai berdasarkan berapa ramai pemain muda daripada akademi kita yang boleh menempatkan diri dalam pasukan pr0fesional, katanya.

Ketika ini, dua pemain muda negara sedang berkelana di luar negara dan ber@ksi bersama pasukan liga utama Eropah iaitu Luqman Hakim Shamsudin bersama KV Kortrijk di Belgium dan Safawi Rasid bersama Portimonense SC di Portugal.

Selain dua pemain terbabit, ada lagi beberapa anak Malaysia yang turut mencipta sensasi di Eropah meskipun beraksi bersama pasukan akademi ataupun pasukan yang tidak ber@ksi dalam sa!ngan divisyen utama di negara terbabit.

Antaranya adalah Ahmad Mubashshir Azizi, Allee Putra Azril, Aniq Asri Nasharudin Elias, M Devekumaran Sepanyol, Omar Raiyan Kama Azlan Serbia, Muhammad Diniz Irwan Jerman dan juga Aqil Arazi Aziz Perancis.

sumber:HM