Semua Dah Dirancang

Teka-teki mengenai sama ada bint@ng muda negara, Luqman Hakim Shamsudin akan berhijr@h ke Eropah masih lagi menjadi tanda tanya dimana tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mahupun pihak KV Kortrijk.

Bagaimanapun, pemilik kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan sudah memberi bayangan pemain yang berusia 18 tahun itu bakal berhijrah ke Belgium dengan kontrak selama 5 tahun.

Menurut kenyataannya dalam Sinar Harian, beliau sudah ada perancangan sendiri untuk menjadikan Luqman sebagai seorang pemain yang lebih relevan ketika beraksi bersama kelab itu.

Saya ada beberapa perancangan atau modul membantu Luqman Hakim menyesuaikan diri sebaik dia tiba di Belgium nanti. Antara modul itu adalah Luqman Hakim akan mengikuti kelas bahasa Inggeris.

Ini bukan sahaja memudahkannya berkomunikasi dengan rakan-rakan sepasukan, malah membantu Luqman Hakim mengadaptasi lebih cepat suasana ketika berada di sana.

Saya sendiri akan membantu Luqman Hakim. Saya mahu Luqman Hakim akan menjadi contoh bagus kepada pemain-pemain tempatan yang lain dan saya mahu memastikan jika boleh dia kekal lebih lama di Eropah.

“Misi Luqman Hakim menyertai KV Kortrijk bukan semata-mata belajar dalam sesi latihan sahaja tetapi dia harus pantas menyesuaikan diri di mana saya percaya Luqman Hakim mampu lakukan jika diberi segala ruang,” katanya

Vincent juga mahu memastikan Luqman sentiasa diberi peluang untuk beraksi walaupun diturunkan sebagai pemain gantian supaya dapat merasai pengalaman beraksi di pentas eropah.

Saya mahu memastikan Luqman Hakim bukan hanya duduk meman@skan bangku simpanan pemain tetapi dia juga akan bermain walaupun diturunkan sebagai pemain gantian.

“Ini kerana saya mahu Luqman Hakim menimba pengalaman dan memanfaatkan peluang bermain setiap kali diturunkan demi kepentingan karier dan negara pada suatu hari nanti,” katanya.