Semoga Dipermudahkan Urusan Rozaimi

Isteri dan dua anak lelaki penyrang baharu Kedah Darul Aman FC , Rozaimi Abd Rahman terpaksa dikuar@ntin selepas disahkan p0sitif C0-v!d-19.

Rozaimi yang baru menyertai Kedah pada hujung Disember lalu selepas kontraknya bersama Johor Darul Ta’zim berakhir, mengakui kini menjaga anaknya di wad hospital sepanjang tempoh kuar@ntin itu.

Isterinya pula terpaksa di tempatkan di hospital lain dan bekas pemain kebangsaan itu mengakui kedua-dua anaknya dalam keadaan yang baik.

Rayyan dan Riyyan positif C0-v!d-19. Tidak sakit tapi p0sitif, aku yang neg@tif terpaksa temankan anak di wad.Isteri kena tahan di hospital lain dan tidak bersama anak-anak. Kasihan isteri seorang diri kena tahan.

sumber:HM

Setiap hari menangis kalau ‘video call’ dengan anak-anak. Jangan risau anak aku sihat ja dan aktif bermain, tulisnya di laman Instagram miliknya.

Dalam posting itu juga, Rozaimi berkongsi perkembangan anaknya yang cukup aktif dan sihat.

Katil di wad ini, dia orang buat macam taman permainan ja. Budak sihat dan budak kuat macam papa dia. Santai bosku.