Semboyan Skuad Malaysia Bakal Berbunyi

Pandemik C0VID-19 jelas memberikan ‘mal@petaka’ buat skuad kebangsaan khususnya bagi mengharungi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia pada Oktober dan November ini.Bukan sahaja saingan kelayakan terpaksa ditangguhkan, C0VID-19 turut menyebabkan saingan Liga Malaysia (M) ‘dipotong’ sekali gus mengehadkan jumlah perlawnan untuk persiapan pemain kebangsaan.Malah penangguhan aksi ke penghujung tahun ini menyaksikan skuad kebangsaan tidak beraksi dalam aksi kompetitif antarabangsa hampir setahun sekali gus dikhuatiri mengganggu momentum mereka.

Namun, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe optimis situasi semasa tidak akan memberi kesan kepada pemain dengan dia percaya anak buahnya sentiasa bersedia untuk dipanggil ke ‘medan per@ng’.Kalau diikutkan dengan jadual baharu saingan liga pada September, ini bermakna pemain tiada aksi kompetitif selama enam bulan jadi sudah tentu ini akan menjejaskan pelbagai aspek seperti fizikal, psikologi dan keyakinan mereka.Tetapi kita perlu sentiasa positif dan walaupun ini memberi cabaran kepada kita tetapi saya yakin pemain tahu tanggungjawab masing masing, katanya.

Terdahulu, Liga M dihentikan pada 16 Mac lalu bagi menghormati arahan kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak C0VID-19.Malah, latihan pusat skuad negara yang sepatutnya berlangsung selama dua minggu sehingga 31 Mac turut dibatalkan selepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Emiriah Arab Bersatu UAE dan Vietnam pada 26 dan 31 Mac ditunda ke Oktober depan.Difahamkan, Konfederasi Bolasepak Asia AFC sudah mengeluarkan tarikh cadangan bagi aksi kelayakan itu pada 8 dan 13 Oktober untuk perlawanan menentang UAE di Dubai dan Vietnam di Bukit Jalil.Manakala aksi terakhir pasukan negara dalam Kumpulan G pada 17 November di Bangkok untuk berdepan Thailand.

Sumber:BH