semata-mata mahu mencari jalan pintas

Penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Kedah diharap dapat mengekalkan suasana harmoni dan menunjukkan semangat kesukanan tinggi menjelang aksi final Piala Malaysia 2019 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu ini.

Ketua Boys Of Straits (BOS) bagi cawangan Lembah Klang, Rasdi Hassan dengan ba hang aksi final Piala Malaysia semakin terasa, penyokong kedua-dua pasukan perlu meng3lak menc3tus pol3mik atau k0ntr0versi terutama membabitkan pembelian tiket secara dalam talian.

“Saya percaya final kali ini akan berjalan lebih aman dan saya yakin peminat-peminat JDT mahupun Kedah akan memastikan suasana perlawanan akan lebih meriah berbanding tahun lalu.

“Cuma saya berharap peminat-peminat tidak salah gunakan saluran untuk membeli tiket. Sebagai contohnya, jika kamu peminat JDT hanyalah membeli tiket (untuk pasukan) JDT dan janganlah membeli tiket (pasukan Kedah) semata-mata mahu mencari jalan pintas.

“Kita tidak mahu lagi setiap aksi final disajikan k0ntr0versi di mana kita semua mahu menyaksikan satu perlawanan menarik di antara JDT dan Kedah. Kita mahukan momen itu berlaku.

“Ini kerana kita juga mahu mengelakkan perkara tidak diingini berlaku semasa hari perlawanan tetapi saya percaya penyokong JDT dan Kedah akan menunjukkan contoh yang bagus kepada bola sepak tempatan,” ujarnya.

Sementara itu, wakil penyokong Kedah, Khairul Hakimi Ahmad pula mengakui mereka sudah tidak sabar untuk membanjiri SNBJ bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Lang Merah sambil mengharapkan stadium itu akan terus membawa tuah kepada mereka selepas kejayaan menjulang Piala FA dengan menewaskan Perak pada Julai lalu.

“Secara peribadi, saya menganggap Stadium Nasional Bukit Jalil memiliki kelebihan yang tersendiri. Baik daripada segi kemudahan iaitu fasiliti dan pengangkutan awam, saya percaya ia sangat memudahkan penyokong-penyokong untuk hadir ke Stadium Nasional, kita mahu saksikan satu lagi kejayaan dicipta,” ujarnya.

Sebagai rekod, kali terakhir Kedah menjulang Piala Malaysia adalah pada 2016 dengan menewaskan Selangor manakala JDT melakukannya pada 2017 dengan menewaskan Kedah, justeru pert3mbungan kedua-dua pasukan kali ini dilihat sebagai ulangan aksi final tersebut yang pastinya menjanjikan satu perlawanan yang ran cak dan menghiburkan untuk ditonton.Posted in: SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *